Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

hati kecil seorang pejuang berjiwa besar….

Sayang, Hati mu kecil… Tampak ampuh, Sering terluka, Dek dugaan dunia… Hati mu kecil, Mudah beralih, Sering bertanya, Mengapa begini? Mengapa ini… Namun sayang, kau pejuang berjiwa besar, pujuklah hati kecil mu itu.. rayulah ia agar terus bersama mu.. dalam perjuangan kita.. sayang, dirimu terlalu istimewa, jangan terus hanyut dibawa arus dunia.. yakinlah dengan apa yang kau lakukan, Allah itu penentu segala, Penetap takdir, pemilik segala hati dan jiwa.. “dan demi sesungguhnya!! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidak) berita-berita tentang keadaan kamu…” (47:31) Hanya untuk mu dan aku...

...berfikiran sempit? biar betempat bro!

Lambakan filem-filem melayu yang semakin “berani” sgt merisaukan dan menyesakan kepala aku. Ape dah jadi?? Komen para pelakon tentang aksi lakonan terlampau mereka; 1. “I rasa watak ni sangat mencabar” 2. “ini lakonan I yg pertama dan I sangat bersyukur kerana diberikan peluang” 3. “ I harap para penonton akan berpuas hati dengan lakonan I” 4. “jgn lupa saksikan filem ini ye…” Komen para pengarah tentang filem mereka; 1. “I hanya buat cerita tentang kehidupan anak-anak muda masa kini” 2. “I rasa xde masalah dgn filem I, sekarang penonton dah semakin bijak dan tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara, lagi pun filem ni diharap dapat memberikan pengajaran kepada para penonton” Persoalannye, SEJAUH MANA FILEM-FILEM INI DAPAT MEMBERI PENGAJARAN?? DAN BENARKAH PARA PENONTON SEKARANG DAH SEMAKIN BIJAK MENILAI BAIK DAN BURUK?????????????? Bagi pejuang-pejuang filem, aku mungkin dikategorikan sebagai seseorang yang berfikiran sempit dan semput! Tapi sendiri mau ingat la bro… Statistic masal...

" hai, sy KELEMAHAN, kamu??

For the past few days I’ve been through a tough moment.. Apa yang blh aku katakan, Aku dan kelemahan… Selama meniti kehidupan ni, aku selalu mengelak… Mengelak dan terus mengelak.. Tapi ternyata aku manusia biasa, Dengan izin yang Maha Kuasa, Aku dan kelemahan kini bersua.. Pertama kali berjumpa, Aku rasa janggal, Perasaan ape ni? Sedih, keliru, putus asa.. Sumanya bersatu.. Menjadi satu jentera pemusnah yg sgt kuat.. Dan aku.. Aku hampir terkulai di medan itu.. Namun segala puji hanya bg Allah, Kepada teman-teman , Terima kasih aku ucapkan.. Terima kerana sudi mendengar dan sentiasa memberikan semangat.. sesungguhnya perkenalan aku dan kelemahan amat aku hargai.. jika kita bertemu lagi, pasti akan ku sapa mu dengan lebih mesra…

ini realiti, dan itu yang membezakan kita...

Kadang2 kita terlalu sibuk dengan kehidupan kita kn, maklum la stdent u.. busy memanjang.. dengan testnye, persatuan la, ko-k, mpd, bukit jambul.. erk.. sehinggakan kita terlupa dengan kehidupan insan lain.. pernah x kita fikirkan ttg kehidupan makcik 0r akak cleaner kt blok kita.. ataupun pernah x kita fikirkan kehidupan pakcik or abg driver bas yang ari2 kite dok naik 2… dah mkn ke die, sht ke keluarga die, adakah die gembira dan bahagia dengan kehidupan die sekarang? Mungkin bg setengah orang, apa yang aku cuba bincangkan ni x relevan langsung… mengarut… apsal lak kite nk pk pasal kehidupan orang lain??? Mungkin ini yang bermain di fikiran korang… tp aku terima.. sbb ni realiti.. Dalam byk2 program waktu kt sekolah dlu, aku paling x suka p ceramah motivasi… bg aku program2 cm 2 hanya melatih para pelajar utk membentuk satu mimpi.. bg aku pembentukan diri hanya blh berlaku bl kita benar2 memahami apa itu kehidupan. Bila ia bermula, dan bila ia berakhir….? Apa matlamat kita hdp? Ini y...

x SuKa !!!!

adei, pepagi lagi my brain da start membebel to my mind mr. brain : "kenapa aku kena wat ape yang aku x SuKa?? " mr. mind :hurmm... xpe la murni, bw betendang. mr brain :tp aku memg x SuKa ni, x dpt dibendung oleh mana-mana tudung salji lagi... mr mind :sabor la kak oi, ade la hikmahnye tu.. mr brain :argghh!!!! tolon-tolon.. mr mind :sengal betul, lantak ko la.. mr brain :KeJam !!!! mr mind : dengar sini " ....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bg mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia tidak baik bg mu. sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." (2:216) mr brain : baik...

hati ini...

Hati ini, Rasanya masih alpa, Mudah lupa, Sering terleka… Hati ini, Rasanya terlalu banyak dosa, Terlalu hina, Tak layak untuk menerima segala kurniaan-Nya… Hati ini ya Allah, Sentiasa mengharapkan pimpinan-Mu, Sentiasa mendambakan kasih-Mu, Sentiasa ingin di bawah lindungan rahmat-Mu, Hati ini ya Allah, Hanya akan hidup subur dengan izin-Mu… Semoga hati ini hanya untuk Mu…

M.A.R.A.T.H.O.N ???

Hmmm marathon, istilah ni selalu student pompuan (yg lelaki I x tau la) gunakan untuk menggambarkan penontonan cd tanpa henti. (it means korang tgk siri 2 sampai habis dalam sekali harung jer!!!) hmm.. bunyik cam menarik... “cmne rasenye wat keje 2?” setelah lame memerhatikan fenomena ini… well, last nite I give it a try… misi aku ni bermula dari pukul 8.30 pm – 1.24 am (masa ni not really valid la, sbb aku ade skip gak..) 5 jam ma.. tambah lagi 3 jam blh sampai penang – kuantan.. he.. yana rumate  ku yang agak terkejut dgn xtvt aku mlm tadi melemparkan soalan, "kak murni wat marathon ker????" aku hanya membalas dgn senyuman... dan yana kebingungan..  confirm die ingat aku buang tebiat punya... rileks la yana.. huhu... tapi lin kate, cerita yang aku tgk 2 pendek jer… maknanya sesuai la untuk amatur cm aku.. walaupapepun, cukup la sekali… selepas selesai, aku tanye diri aku sendiri, “apa yang ko rasa murni ??” well below is the answer : lenguh ÷ ngantuk + (...

REPRESI oh PROJEKSI... !!!

Adoi.. longuh den dok ngadap nota-nota psiko ni ha (STU 231).. tapi kan, sepanjang aku dok revise subjek ni, tetiba mata aku sgt tertarik dengan 2 perkataan ini: REPRESSION : impuls or memories that are too frightening or painful are excluded from conscious awareness. PROJECTION: Assigning our undesirable qualities to other people in exaggerated amount. Hmm.. bagi aku dua perkataan ni memberi makna yang sgt besar dalam memahami “manusia” dan khususnya diriku.. Tapi sayang aku x mampu nak meluahkan apa yang aku maksudkan tu sekarang… Buat masa ni kepala aku sangat berserabut dengan suma info-info psikologi. Dan sekarang dalam proses penghadaman.Tapi insylh, buka hati buka minda… Suma pun mampu faham… Bagi aku suma subjek psiko ni mempunyai kekuatan yang tersendiri, Mampu membentuk sebuah pemikiran, Lebih manis jika kita kaitkan ia dengan Kekuasaan Allah… Jangan la terlalu taksub dengan teori-teori barat 2 plak.. Sebagai maklumat tambahan ok la… Oh ye, tahukah anda pel...

bila AL-QURAN mula berbicara...

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra   Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.   Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...sura...

Dari Restu ke Dewan Kuliah Z

Hari baru, semester baru, azam baru. Setelah melepasi kafe Restu bersama kawanku, Faizal, melambai-lambai tangannya ke arah seorang perempuan berbaju kurung pink. “Hai sayang”, sapanya tanpa malu. “Siapa tu?”, tanyaku. “Kawan sekolah menengah dulu”, jawabnya selamba. “Sayang?”, tanyaku hairan. “Ala, teman tapi mesra”, jawabnya sambil sengih. Kuliah hari ini akan bermula jam 9 pagi menyebabkan kami terpaksa berhimpit di dalam bas untuk ke hentian Tekun. Tiba di bangunan Palapes, kami menaiki bas yang berlainan. Setelah mengambil tempat duduk di tepi tingkap, aku meletakkan beg di riba. Di kananku terdapat seorang lelaki berdiri rapat bersebelahan dengan seorang perempuan yang duduk. Sambil tunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga perempuan tadi, kedengaran tawa manja berbaur mesra. “Papa jahat!”, cubit si perempuan di peha lelaki yang berdiri rapat di sebelahnya. Dalam perjalanan menuju ke SK1 aku terdengar perbualan perempuan dan lelaki di belakang. “Betul ni you takkan tinggalkan I?”...

pemuda vs to' imam

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya. Pemuda : Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam: Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu? Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir? Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air? Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata. Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?Pemuda: Tentulah sakit! Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu? Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi. Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara? Pemuda: Tidak!Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab. Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya? Pe...
sebuah pertemuan, merubah diriku.. sebuah pertemuan,mengajar aku erti kehidupan, mungkin tidak kau sedari, namun hadirmu, terlalu bermakna buatku.. walaupun kini kau jauh, namun kau tetap di hati.. terima kasih sahabat... pertemuan itu, dengan izin-Nya, akan kekal dalam ingatan, buat selamanya..

menyintai Mu, menyintai mu...

Menyintai mu, Setelah aku menyintai Mu. Menyintai mu, Sesekali aku terleka, Asyik dengan buaian kata, Leka dengan anganan dunia. Menyintai Mu, Hadirnya sukar dirasa, Datangnya tanpa di duga, Kerana munculnya hanya dengan cahaya. Menyintai mu, Aku sering gelisah, Bukan kerana ragu, Tapi kerana aku tahu, Suatu hari kita pasti berpisah. Menyintai Mu, Tiada apa yang menjadi sempadan, Setiap bisikan hatiku Kau perhatikan, Kau amati satu-persatu… Menyintai mu, Penuh dengan harapan, Wajahmu, tawamu, senyummu, Sering menjadi ingatan. Namun ku sedar, Hatiku milikMu, Hanya dengan cintaMu, Aku bisa merasai kehadiranmu, Bisa merasai, Betapa aku bergantung kepada Mu, untuk menyintai mu.. Kerana tiada cinta sebelum cinta kepada Mu.. …………………. menyintaiMu menyintaimu

Ini, kini, di sini, begini...

Satu alu-aluan yang sukar, Bermulanya dengan misteri, Hadirnya sukar difahami, Lantas berkompang alunan di hati, Apa?? Siapa? Bagaimana? Dan mengapa? Namun, ini, kini, di sini, begini…….. bukanlah kata dusta, hadirnya tidak di paksa, hanyalah luahan tanpa suara, buat tatapan anti dan anta… Ini, Inilah diriku, Seorang insan biasa, Hadirku hanya sementara, Namun penuh dengan dosa, Mana mungkin aku mengkhianati yang maha kuasa, Dia-lah tuhan pentadbir segala, Tapi sayang apakan daya… Pabila nafsu mula beraja, Segala yang buruk ku sangka permata.. Kini, Kini aku mula menyedari, aku harus memperbaiki diri, tak bisa aku terus begini, tak mampu aku menahan seksa ilahi, yang sememangnya pasti, bukannya sekali, tetapi abadi………. Di sini, Di sini segalanya bermula, Hidayah yang Esa, Ku tampak sinarnya… Ketenangan hakiki mula menguasa, Namun aku tak seharusnya leka, Jangan cepat berasa selesa, Hadirnya hanya sementara, Jika aku kembali terlupa……. Begini, Beginilah fitrah insani, Sabda Rasul piliha...

Kepulangan ini, dan pemergian itu...

Kepulangan ini, terasa sayu… Terasa sedih.. Tidak seperti selalu.. Kepulangan ini, Tidak lagi diiringi dengan yang hati girang… Tidak lagi ditemani dengan perasaan yang gembira… Hanya Resah, cemas, dan gelisah… itu yang mengelilingi ku.. dan Pemergian itu, Berlaku terlalu pantas, Sehingga sukar untuk aku menerima, Bukanlah niat aku untuk menidakkan, Kerna pemergian itu sesuatu yang pasti… Namun, pemergian itu, Kadangkala aku rasa belum bersedia.. Oleh kerana itu, Hadirmu… Sentiasa di mata… Pemergian itu, Telah ku simpan utuh di dalam hati, Ketika aku menggemgam erat tangan mu, Ketika lafaz syahadah deras dibaca di telinga mu, Kau pergi.. pergi untuk selamanya… Kepulangan ini pasti akan aku ingati, Kerana kepulangan ini, Telah menyaksikan pemergian itu… namun aku harus bersyukur dengan kepulangan ini… dan aku harus redha dengan pemergian itu… p/s : segala harapan bapak terhadap ku akan terus ku galas.. semoga sisa-sisa perjalanan hidup ku akan sentiasa diberkati dan diredhai.. pimpinlah...