Hari baru, semester baru, azam baru. Setelah melepasi kafe Restu bersama kawanku, Faizal, melambai-lambai tangannya ke arah seorang perempuan berbaju kurung pink. “Hai sayang”, sapanya tanpa malu. “Siapa tu?”, tanyaku. “Kawan sekolah menengah dulu”, jawabnya selamba. “Sayang?”, tanyaku hairan. “Ala, teman tapi mesra”, jawabnya sambil sengih.
Kuliah hari ini akan bermula jam 9 pagi menyebabkan kami terpaksa berhimpit di dalam bas untuk ke hentian Tekun. Tiba di bangunan Palapes, kami menaiki bas yang berlainan. Setelah mengambil tempat duduk di tepi tingkap, aku meletakkan beg di riba. Di kananku terdapat seorang lelaki berdiri rapat bersebelahan dengan seorang perempuan yang duduk. Sambil tunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga perempuan tadi, kedengaran tawa manja berbaur mesra. “Papa jahat!”, cubit si perempuan di peha lelaki yang berdiri rapat di sebelahnya.
Dalam perjalanan menuju ke SK1 aku terdengar perbualan perempuan dan lelaki di belakang. “Betul ni you takkan tinggalkan I?”, tanya si lelaki. “As long as you love me”, sayup jawapan si perempuan. Sesekali aku melontarkan pandangan keluar melalui tingkap bas. Mungkin kerana geli mendengar perbualan tersebut.
Di sebelahku terkumat-kamit bibir seorang perempuan menghayati lagu 3 Malam Tanpa Bintang yang dipasang di dalam bas. Setelah tiba di Dewan Budaya, aku segera menggalas beg, memberi isyarat untuk turun kepada si perempuan tadi. “Alamak, terlepas pulak nak turun DKW tadi”, latahnya apabila sedar dari lamunan. Segera perempuan tersebut memberi laluan untuk aku turun dari bas sambil mengeluh akan lewat ke kelas.
Kemudiannya aku menapak ke DKZ merentasi Laluan Pelajar. Di sepanjang perjalanan ke PPIP, telatah dua orang perempuan menarik perhatianku. “Kau nak pilih yang mana? Kalau aku kan, baik ambik yang kaya. Tak hensem pun takpa”, celoteh si perempuan bertudung putih, berT-shirt sendat tertulis ‘Just Do It’. “Tapi kaya boleh diusaha, hensem tak boleh. Alahai, tak tahu antara dua”, keluh seorang lagi perempuan bertudung kuning, berseluar jeans Levis, bajunya seperti pakaian wanita hamil.
Tiba di DKZ aku cepat-cepat mengambil tempat duduk di tengah-tengah dewan kuliah. Kelibat kawanku sedikit kalut setelah memasuki dewan kuliah. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. “Start dah?”, tanyanya gelabah. Gelengku ringkas. “Aku tido lambat semalam. Biasa la, gayut”, raut wajahnya yang lesu mengukuhkan kenyataannya itu. Kuliah kemudiannya bermula agak lambat. Tersenyum aku melihat kawanku di sebelah menongkat dagu sambil mendengar kuliah. Matanya separuh terbuka, terkadang tertutup agak lama. “Kau sedar ke tak ni?”, tegurku sambil menyiku lengannya. Matanya terbeliak lalu memaling ke arahku. “Berangan ke tido?”, sambungku lagi. “Angan dan sedar”, sengihnya menampakkan gigi. “Sahih tak sempat gosok gigi pagi tadi”, bisik hatiku.
Tiba-tiba seorang lelaki di belakangku bangun dengan segera lalu menggalas beg. Dengan tangkas dia berlari ke pintu belakang dewan kuliah. “Sweet escape”, ucapnya perlahan, tersenyum pada kawan di sebelahnya. Mungkin bosan dengan suasana kuliah tersebut menyebabkan dia keluar kuliah 20 minit awal.
Hari ini aku belajar sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak mungkin dapat diajar di dalam mana-mana kuliah. Aku belajar bagaimana pengaruh lagu-lagu baru membawa kesan dalam kehidupan seharian manusia melalui pemerhatian di sekelilingku. Mungkin secara sedar atau tidak, kesan lirik-lirik lagu sebegini sangat ketara terutama apabila membabitkan cinta. Cinta diagung-agungkan dalam lagu tetapi realitinya?
Setelah tamat kuliah, aku pulang semula ke Restu. Hari ini jadualku cuma satu kuliah sahaja. Aku terserempak dengan sahabat lamaku apabila menaiki bas ke Palapes. “Balak kau sihat tak?”, salah satu pertanyaanku semasa perbualan kami mengubah air mukanya yang sebentar tadi ceria. “Kami dah clash. Cuti baru ni”, jawabnya lemah. “Nak buat macam mana, benda dah lepas”, senyumku mengubat dukanya. “Aku tak boleh nak lupakan dia. Banyak sangat kenangan terindah kami”, balasnya sedikit sebak. “Barang yang lepas jangan dikenang”, ujarku teringat salah satu lagu kegemaranku dendangan Allahyarham P. Ramlee.
'izzat anwari bin hasni
p/s :
penulisan di atas telah membuatkan aku "jatuh cinta " pada penulisnya..
satu penulisan yang cukup tulen, sempoi, bijak dan sangat 'makan dalam',
kepada penulis, aku doakan agar terus berkarya.
all d best!

Comments
Terima kasih Murni. :)
Salam perjuangan...