Skip to main content

Ini, kini, di sini, begini...

Satu alu-aluan yang sukar,
Bermulanya dengan misteri,
Hadirnya sukar difahami,
Lantas berkompang alunan di hati,
Apa?? Siapa? Bagaimana?
Dan mengapa?

Namun,
ini, kini, di sini, begini……..
bukanlah kata dusta,
hadirnya tidak di paksa,
hanyalah luahan tanpa suara,
buat tatapan anti dan anta…


Ini,
Inilah diriku,
Seorang insan biasa,
Hadirku hanya sementara,
Namun penuh dengan dosa,
Mana mungkin aku mengkhianati yang maha kuasa,
Dia-lah tuhan pentadbir segala,
Tapi sayang apakan daya…
Pabila nafsu mula beraja,
Segala yang buruk ku sangka permata..

Kini,
Kini aku mula menyedari,
aku harus memperbaiki diri,
tak bisa aku terus begini,
tak mampu aku menahan seksa ilahi,
yang sememangnya pasti,
bukannya sekali,
tetapi abadi……….

Di sini,
Di sini segalanya bermula,
Hidayah yang Esa,
Ku tampak sinarnya…
Ketenangan hakiki mula menguasa,
Namun aku tak seharusnya leka,
Jangan cepat berasa selesa,
Hadirnya hanya sementara,
Jika aku kembali terlupa…….


Begini,
Beginilah fitrah insani,
Sabda Rasul pilihan Ilahi,
“ manusia itu sekejap begitu, sekejap begini”
Justeru aku mula menyedari,
aku harus berhenti bermimpi……..
Aku harus berpijak di realiti,
Kerna tiada apa yang kekal abadi,
Melainkan Dia tuhan segala saksi……

Mungkin kini kau mula mengerti,
Apa sebenarnya yang ingin ku kata,
Walaupun sukar untuk kau fahami,
Namun aku tetap percaya,
Hidayah yang Esa, hadirnya bukanlah mimpi,
Kau dan aku pasti bisa merasa…….


“ sesungguhnya Allah s.w.t tidak menganiaya seseorang, walaupun seberat zarah” (4: 40)


Hayati dan fahami,
Allah itu maha berkuasa,
Jangan cepat menghukum diri,
Berdoalah kepada-Nya,
Yakinlah dengan segala janji-Nya,
Hanya dengan itu,
kau dan aku bisa merasa,
hadirnya Ilahi,
sentiasa di sisi………



15/3/08- 9.17 pm

Comments

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

ada dak ubat nak berenti merokok?

" bang, air soya satu, kurang ais ek.. bungkus" "ok, boleh dak nk tnya? " "aaa? tanye ape? " "adik ni ambik kos apa?? " " owh.. saya ambik fizik" "fizik?? nak jadi apa 2??" "insyaAllah saya ambik fizik perubatan, so kalau ade rezeki kerja kat hospital" "owh.. baguih2, adik ni mesti tau na pasai ubat-ubat.. aaa... ada dak ubat nak berenti merokok??" " owh ade.." "ya ka, boleh dak bawa kat abang satu??" "x boleh la bang" "haaa? pasai apa?' "pasai.... ubat ni kalau abang nak, abang kena kawin dulu" "hah?? lagu 2 ka? pasai apa kena kawin plak??" "yela, bila da kawin nanti abang ade anak.. kalau da x cukup duit nak beli susu anak, confirm abang akan berenti merokok punya" " huh, x mau la... " " ok..."

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...