Thursday, August 14, 2014

saya cuma nak beli jambu jer ::

Aku : kak, beli jambu 2 inggit.
Dia : jap ye dik nk tuang minyak dlm kuali ni ha..
Aku : owh ok..
Dia : susah xde pembantu ni.. anak perempuan akak da pegi sambung belajar. Dekat poli di bandar tu. Ambik bidang makanan. Da dia nk belajar lg.. akak bg je la
Aku: owh baguslah..
Dia : semalam akak x bukak kedai, nmpk mendung jer.. rs rugi la pulak.. tu yg hari ni bukak.. lg pun skrg da ramai pesaing. Itu yg kedai sebelah sana. Dulu ckp nk jual cendol jer.. die tgk air kedai akak laku.. berbalang2 air dijualnyer.. sombong tu, bukan nk tegur akak..
Aku : err.. owh.. ok..

P/s - saya cuma nk beli jambu jer....

Wednesday, August 13, 2014

asli aka ikhlas

To see him smile gives me a very comfort feeling..
Its good to know that he is happy..

Everything still floating clearly in the air..
And that cause me to  remember every single thing
Not because I cant except the fact..
But the condition is pure
The situation is genuine
And the view is practically neutral

May Allah bless u now n always.

Friday, October 18, 2013

aduhai..

kadang kadang lucu dengan telatah manusia.
macam macam ragam..

tiba tiba terfikir, mungkin ada yang tertawa dengan telatah aku jugak..?
hhuhu..

mari tanam dalam dalam yang hidup ini bukan selamanya,
jangan berlagak, sbb tuhan x suka..
mari bersederhana,
hormat orang x kira siapa..

kita hamba, dia hamba..

mari teruskan hidup!!

Friday, August 30, 2013

hidup, rehat, teruja

sangat cepat masa berlalu,
banyak kisah hidup rasanya yang dah dilalui,
tapi..
banyak lagi kisah  yang akan dilakar ( kalau umur panjang la)
banyak lagi rehat yang akan dipinta oleh diri ,
dan banyak lagi keterujaan  akan berlaku .

kisah hidup akan diteruskan selagi badan masih tegar  menghirup kesesakan dunia
dan  menghela porak peranda dusta.

doa pinta selamat dan sejahtera.

p/s- dunia ini makin kejam!
 

Tuesday, February 7, 2012

mahu mula semula ::

..mari semua tolong saya untuk mula semula..

Friday, December 30, 2011

~mari pupuk sifat ini

"Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat."

p/s- nak

Monday, December 12, 2011

email dr bos! :p

okeh!

setiap hari aku paling lemoh (pengaruh bhs mohd khairil) sekali bila dapat email dari bos!

kerana hanya ada 2 kemungkinan shj beliau akan menghantar email kpd saya.

1. report saya bermasaalah
2. ada report baru yg beliau mahu.

cth email dr beliau.

"Dear murni

Pls do an oct summary for total collection progress as like weekly template ! instead of weekly you summarises it to become monthly movement ! I need monthly summary update so it easier for me to review with them ! Weekly will follow up by you"

"Pls generate a management report for total outstanding aging for each agency (by Branch )sp we will be able to understand which agency over due or DSO status by agency"

"Dear murni

Pls do as like you send to me every week ., but from weekly monitoring become monthly monitoring progress ! thanks"

"Dear murni

Can it be done for sccm2 as well ? really appreciate the report thanks"

p/s- i luvvvvvv....... my boss so much.. :p

Friday, December 9, 2011

ikhlas~

"Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu."

p/s- dont lie

Friday, December 2, 2011

dai, sorry :(

dayah,
maaf tau..

aku x sempat nk jumpa kau hari tu..

hurmm..

maaaf eh..

p/s-with luv..

Wednesday, November 9, 2011

saya nk masak ni...

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )

  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastad
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
  2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min.
p/s- gara2 addicted dgn tart nenas ECM~

Friday, October 28, 2011

pre wedding visit ~

okeh~

orang yong peng ade wat suggestion yg menarik pagi tadi,

dan beliau telah dilantik sebagai pengarah projek..
^^ huhuh..

saya doakan beliau akan berjaya membawa kontinjen lorong hji taib ke kuantan..

p/s- saya tunggu kamoo semua
chayook!

Wednesday, October 19, 2011

antara harap dan takut ::

"Adapun seorang Mukmin yang sentiasa mencampur-adukkan amalannya yang sentiasa merasa bimbang akan terpesong dari jalan ketaatan dan terjerumus ke dalam larangan-larangan Allah Ta'ala, maka yang paling baik baginya memperbanyak takut, kerana perasaan takut itu menahan dan menghalang diri dari berbuat sesuatu dengan sewenang-wenang atau melampaui batas. Tetapi, jika dirinya sentiasa dikongkong oleh hawa nafsu dan dikuasai syahwat, lalu tiada suatu yang dibuatnya selain berharap dan berharap terus-menerus, mungkin sekali sikap serupa itu akan menyebaabkan kebinasaannya. Sebab setiap kali ia mengingatkan dirinya yang suka berbuat jahat itu, bahawa rahmat Allah Ta'ala itu amat suka dan sentiasa memaaf dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya, maka tentu sekali dirinya akan menjadi lebih berani membuat maksiam dan kan menjadi lebih jauh daripada ketaatan , lebih mudah terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan akhirnya ia akan binasa dan celaka tanpa terasa dan tersedar."

p/s- tolong bukak pintu hati~


Monday, October 17, 2011

Tuhan Islam Tidak Kejam ::

setiap pagi aku suka visit page nih :

lenggang kangkung

and hari nih aku baca sumtin yg menarik...

Tuhan Islam Tidak Kejam

1. Allah tidak mengazab orang yang tidak sampai kepadanya kebenaran.

2. Allah tidak mengazab orang yang terkeliru dalam menerima kebenaran.

3. Allah tidak mengazab orang yang tidak sengaja berbuat kesalahan.

4. Allah tidak mengazab orang yang tidak mampu mengelak kesalahan.

5. Allah tidak mengazab orang yang terpaksa melakukan kesalahan kerana darurat.

6. Allah tidak mengazab kesalahan orang yang menjauhi dosa-dosa besar.

7. Allah tidak mengazab orang yang bertaubat daripada dosa-dosa besar.


p/s- wake up murni ~