Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

EKONOMI MERUNCING, RAKYAT TERGADAI!!!

-sila klik- -sila klik- himpitan hidup dek kegawatan ekonomi mula menular dalam kalangan rakyat malaysia, 1 per 1 insiden pembunuhan, pergaduhan, ragut, pecah rumah terus menjadi tajuk-tajuk hangat di akhbar.. merujuk kepada akhbar UTUSAN, dijangkakan hanya selepas 18 bulan dari tarikh sekarang ekonomi akan kembali stabil.. kepada mahasiswa-mahasiswa yang akan bergraduasi pada hujung tahun ini, berita ini mungkin menjadi satu tamparan yang hebat... mungkin sudah tiba masanya untuk kita semua berfikir secara kritikal, resolusi untuk manangani perkara ini... sesungguhnya sebagai seorang Islam, kita yakin ini semua adalah ujian daripada Allah swt. mungkin ini medan untuk kita kembali mendekati Allah dan mengamalkan cara hidup Islam secara total. kini kita semua harus bersatu padu, sebagai pemimpin, kebajikan rakyat patut menjadi agenda seharian anda.. insylh, semoga kita semua tabah dalam menghadapi situasi ini, semoga Malaysia yang kita cintai ini, akan sentiasa di baw

Sukad oh sukad…!!!

Alhamdulillah semalam aku berpeluang menonton perlawanan bola tampar wanita antara desa saujana n jaya. Junior comel ku yang aktif, musliha merupakan pemain untuk saujana. Sebagai senior yang agak prihatin (ooops!) aku pun spend la a few hours kt padang 2 untuk bg sokongan… Hmm.. sampai-sampai je kt padang 2, satu perasaan yang agak asing dapat aku rasakan… Perasaan tu maybe hadir, disebabkan perkara-perkara di bawah : 1. RAMAI sangat lelaki (salunya program-program yang aku p, kaum adam amat sukar untuk dilihat) 2. pergaulan yang AGAK bebas 3.tidak mnutup AURAT 4. bahasa-bahasa pertuturan mereka agak KASAR… (bila da cakap kasar, mula la nk gaduh jer) Agak sedih bila tengok mahasiswa n mahasiswi kite macam 2, Rasanya suma kerosakkan kat atas 2 perkara basic sebagai seorang muslim. Ssungguhnya Islam itu agama yang lengkap, Islam tidak pernah melarang penganutnya untuknya bersosial atau bersukan…. Tapi jangan pulak Islam itu di pandang enteng, Setiap balasan dan hukuma

s.a.y.a.m.a.h.u.p.u.l.a.n.g

“assalamualaikum mak… …………bukan mak x nk kamu balik, tapi jauh, kesian kamu” Suara sebak mak, menutup perbualan telefon kami, Dihujung telefon, dapat aku rasakan linangan air mata mak, Mak akan sangat sensitif kalau x sihat, Hmm… kadang-kadang rasa sedikit menyesal sebab dulu mintak tempat belajar jauh.. Tapi xpe la mungkin ade hikmahye… Semenjak bapak meninggal 3 bulan lepas, mak selalu sakit-sakit… 2 minggu lepas, mak diserang chikungunya… x tahu la kenape, mak berdegil x nk p klinik.. memg la sekarang da ok, tapi kesannye masih ade.. salu pening dan sakit-sakit sendi… kesimpulannye, s.a.y.a.m.a.h.u.p.u.l.a.n.g saya harap saya akan dapat pulang cuti mid sem ni, jauh bukan penghalang aku… tapi komitmen aku kepada………………… itu yang membuat aku berbelah bagi… maafkan aku…

:: emosi LELAKI ::

-sila klik dan baca link ini terlebih dahulu- Sengaja aku ambil keratan akbar di atas ( kosmo 17/01/09) untuk tatapan pembaca blog aku yang x seberapa ni… Selepas membaca berita ni tadi, Aku terpana… Aku ulang baca kat perenggan yang aku agak confius… "Kerana kasihankan isteri, saya pernah membawa dia pergi ke rumah sewa lelaki itu di Seremban tetapi hampa kerana lelaki tersebut telah berpindah” "Saya juga pernah bawa dia pergi berubat tradisional di Ipoh kerana takut dia terkena buatan orang tetapi semua usaha itu tidak berhasil," katanya yang enggan memberitahu nama isterinya itu. Kata-kata di atas telah membuka satu ruang persepsi yang baru untuk aku kepada lelaki.. . . . . . . . . . . . . Lama aku berfikir… Namun aku x mampu untuk meluahkan apa yang aku rasakan… Cukup untuk aku katakan, Hagailah mereka yang menyayangi kita…

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu.

BIADAP!!!!

Serangan yahudi laknatullah terhadap Gaza yang telah memasuki hari ke-20 semakin rancak! BIADAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! angka kematian warga Palestin  sehinga hari ini telah melepasi  1000... wajah tangisan dan kecederaan kanak-kanak yang menghiasi dada-dada akhbar sangat menghiris hatiku... satu persatu helaian NST aku tatapi... sampai di halaman 26 column WORLD, air mata ku tidak dapat ditahan lagi... "Gazans Struggle To Find New Places To Bury Death" ya Allah.. bantulah kami hamba-hamba  Mu... tabahkanlah kami, terutamanya penduduk Palestin... semoga ujian yang Kau berikan ini, akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kami ya Allah.. bantulah kami ya Allah hancurkanlah musuh-musuh islam, walau dimana ia berada... umat islam, especially yg dok berkempen kt terengganu nu, janganlah nk begaduh dek benda-benda yang kecik. xkan nk tunggu diserang israel bangang tu baru nk bersatu.. tolonglah... to all country leader out there, tolaklah kepentingan

melodi PERJUANGAN...

Dilahirkan sebagai seorang khalifah, Diberikan akal untuk berfikir, Diberikan pancaindera yang sempurna, Namun sayang… manusia masih leka Dan hanya hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan Dan rahmat kasih Allah mampu mengorak sekuntum senyuman yang ikhlas dan membawa sebuah perjuangan yang sebenar… Bak kata sahabat ku, “yang hak tidak akan dan selamanya tidak boleh bersama dengan yang batil” Menyorot erti sebenar sebuah perjuangan dalam konteks mahasiswa kadangkala membuat aku merenung jauh… Aku dan perjuangan… Tampak seperti janggal 2 frasa itu untuk bersatu.. Namun itu yang aku pilih… Dan pilihan itu telah lama aku lakukan… Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, Ini medan tarbiyyah kita, Jangan terbawa-bawa dengan emosi, Jangan sesekali mudah membenci… Kenangan dan segala suka-duka dalam menempuh laluan ini Harus sentiasa kita hargai dan syukuri.. laluan ini memberi peluang untuk kita bersatu hati Dilihat sebagai penenentang kadangkala membuat hati kecil ku terluka… Namun sahabat

renungan

sahabat-sahabat, sehingga hari ini hampir 400 penduduk palestin telah meninggal akibat serangan israel.. insylh sama2 kita doakan saudara2 seislam kita disana.. dugaan mereka sangat hebat, x terjangkau akal kita... insylh semoga Allah menetapkan iman kita, agar sentiasa diberikan cahaya hidayah dan petunjuk.. dan semoga yahudi laknatullah, akan menerima balasan mereka..