Skip to main content

melodi PERJUANGAN...

Dilahirkan sebagai seorang khalifah,
Diberikan akal untuk berfikir,
Diberikan pancaindera yang sempurna,
Namun sayang… manusia masih leka
Dan hanya hati yang benar-benar mengharapkan keredhaan
Dan rahmat kasih Allah mampu mengorak sekuntum senyuman yang ikhlas
dan membawa sebuah perjuangan yang sebenar…

Bak kata sahabat ku,
“yang hak tidak akan dan selamanya tidak boleh bersama dengan yang batil”
Menyorot erti sebenar sebuah perjuangan dalam konteks mahasiswa kadangkala membuat aku merenung jauh…

Aku dan perjuangan…
Tampak seperti janggal 2 frasa itu untuk bersatu..
Namun itu yang aku pilih…
Dan pilihan itu telah lama aku lakukan…


Kepada sahabat-sahabat seperjuangan,


Ini medan tarbiyyah kita,
Jangan terbawa-bawa dengan emosi,
Jangan sesekali mudah membenci…
Kenangan dan segala suka-duka dalam menempuh laluan ini
Harus sentiasa kita hargai dan syukuri..

laluan ini memberi peluang untuk kita bersatu hati

Dilihat sebagai penenentang kadangkala membuat hati kecil ku terluka…
Namun sahabat ku sayang,
Maafkan aku jika tidak selesa..
Terimalah aku seadanya…



Fahami dan hayati
Aku memilih ini kerana kamu,
kerana aku hanya mencari redhaMU…



Comments

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

random ~

                                       

happy becoming birthday sayang...