Skip to main content

p.a.k.c.i.k

Pagi tadi, hati aku sangat tersentuh....
apa yang aku saksikan, benar-benar membuat aku tersedar dan kembali bermuhasabah diri...


selepas menghadiri mesyuarat bersama HELWA pusat islam, aku dan sahabat-sahabat dijamu dengan nasi lemak. mungkin kerana banyak makanan yang berlebihan, makanan tu diagih-agihkan kepada staf...

"nak, pakcik nak letak pinggan ni kat mane?"

seorang pakcik menegur aku ketika aku hendak keluar meletakan pinggan,

"pinggan bersih..." bisik hati aku

"kat dalam bilik meeting pakcik"
"owh, baeklah..."
"eh pakcik, x payah tanggal kasut masuk bilik meeting"
"xpe nak....."

pakcik tu terus menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik meeting, entah mengapa, aku masih terpaku di tepi pintu dan terus memerhatikan pakcik tu...

selepas keluar, pakcik tu terus mendapatkan nasi lemaknya yang diletakkan dalam plastik. sambal, nasi, telur dan kacang sumanya bercampur baur dalam plastik tu...

"kenapa pakcik x makan jer dalam pinggan tu..?" hati aku mengeluh...

ntah kenapa, tiba-tiba air mata mula membasahi pipi....
melihat seorang pakcik yang aku anggap seperti bapa, menikmati makanan di dalam plastik.... terbayangkan jika arwah bapa pernah berbuat begitu ketika bekerja...

begitu bersih hati seorang tukang kebun, sangat menghormati orang lain...
sampai merasakan diri tidak layak untuk mengunakan pinggan yang diberikan..
sanggup menanggalkan selipar ketika orang laen sibuk memijak karpet dengan kasut....

sesungguhnya kaya dan miskin tu, sama saja disisi Allah...
hanya hati, iman dan taqwa yang menjadi ukuran...

subhanAllah...

dalam perjalan pulang ke bilik,
fikiran aku masih melayang memikirkan perkara tu,
tiba-tiba, pandangan aku terpaku pada seorang pekerja yang sedang membersihkan laluan pejalan kaki....

masyaAllah...
cacat...

walaupun tidak mampu memegang tali getah dengan baek,
pakcik tu tetap menjalankan tugasnya... dan pemandangan itu, sangat memilukan...

hati aku mula gelisah...

"jika aku diuji dengan kemiskinan dan kecacatan, adakah aku masih mampu untuk terus bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah, dan adakah hati ini setabah mereka?"

Comments

tsurara youko said…
insyaAllah semoga sama-sama mendapat manfaat... =>
alefah said…
murni,
cite nih sgt sedih lah..
T_T
tsurara youko said…
hmm 2 la.. insyaAllah sama-sama kita bersyukur dgn kehidupan yg kita miliki sekarang ek...
Unknown said…
wua..nanges2..T_T
Ummu Umar said…
sbb tu dalam hal keduniaan kita perlu melihat org yang kurang dari kita supaya timbul rasa insaf..tapi dalam hal akhirat, kita perlu lihat pada org yang lebih dari kita, supaya kita berlumba-lumba untuk tambahkan...

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

ada dak ubat nak berenti merokok?

" bang, air soya satu, kurang ais ek.. bungkus" "ok, boleh dak nk tnya? " "aaa? tanye ape? " "adik ni ambik kos apa?? " " owh.. saya ambik fizik" "fizik?? nak jadi apa 2??" "insyaAllah saya ambik fizik perubatan, so kalau ade rezeki kerja kat hospital" "owh.. baguih2, adik ni mesti tau na pasai ubat-ubat.. aaa... ada dak ubat nak berenti merokok??" " owh ade.." "ya ka, boleh dak bawa kat abang satu??" "x boleh la bang" "haaa? pasai apa?' "pasai.... ubat ni kalau abang nak, abang kena kawin dulu" "hah?? lagu 2 ka? pasai apa kena kawin plak??" "yela, bila da kawin nanti abang ade anak.. kalau da x cukup duit nak beli susu anak, confirm abang akan berenti merokok punya" " huh, x mau la... " " ok..."

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...