Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Dari Restu ke Dewan Kuliah Z

Hari baru, semester baru, azam baru. Setelah melepasi kafe Restu bersama kawanku, Faizal, melambai-lambai tangannya ke arah seorang perempuan berbaju kurung pink. “Hai sayang”, sapanya tanpa malu. “Siapa tu?”, tanyaku. “Kawan sekolah menengah dulu”, jawabnya selamba. “Sayang?”, tanyaku hairan. “Ala, teman tapi mesra”, jawabnya sambil sengih. Kuliah hari ini akan bermula jam 9 pagi menyebabkan kami terpaksa berhimpit di dalam bas untuk ke hentian Tekun. Tiba di bangunan Palapes, kami menaiki bas yang berlainan. Setelah mengambil tempat duduk di tepi tingkap, aku meletakkan beg di riba. Di kananku terdapat seorang lelaki berdiri rapat bersebelahan dengan seorang perempuan yang duduk. Sambil tunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga perempuan tadi, kedengaran tawa manja berbaur mesra. “Papa jahat!”, cubit si perempuan di peha lelaki yang berdiri rapat di sebelahnya. Dalam perjalanan menuju ke SK1 aku terdengar perbualan perempuan dan lelaki di belakang. “Betul ni you takkan tinggalkan I?”

pemuda vs to' imam

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya. Pemuda : Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam: Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu? Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir? Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air? Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata. Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?Pemuda: Tentulah sakit! Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu? Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi. Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara? Pemuda: Tidak!Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab. Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya? Pe
sebuah pertemuan, merubah diriku.. sebuah pertemuan,mengajar aku erti kehidupan, mungkin tidak kau sedari, namun hadirmu, terlalu bermakna buatku.. walaupun kini kau jauh, namun kau tetap di hati.. terima kasih sahabat... pertemuan itu, dengan izin-Nya, akan kekal dalam ingatan, buat selamanya..

menyintai Mu, menyintai mu...

Menyintai mu, Setelah aku menyintai Mu. Menyintai mu, Sesekali aku terleka, Asyik dengan buaian kata, Leka dengan anganan dunia. Menyintai Mu, Hadirnya sukar dirasa, Datangnya tanpa di duga, Kerana munculnya hanya dengan cahaya. Menyintai mu, Aku sering gelisah, Bukan kerana ragu, Tapi kerana aku tahu, Suatu hari kita pasti berpisah. Menyintai Mu, Tiada apa yang menjadi sempadan, Setiap bisikan hatiku Kau perhatikan, Kau amati satu-persatu… Menyintai mu, Penuh dengan harapan, Wajahmu, tawamu, senyummu, Sering menjadi ingatan. Namun ku sedar, Hatiku milikMu, Hanya dengan cintaMu, Aku bisa merasai kehadiranmu, Bisa merasai, Betapa aku bergantung kepada Mu, untuk menyintai mu.. Kerana tiada cinta sebelum cinta kepada Mu.. …………………. menyintaiMu menyintaimu

Ini, kini, di sini, begini...

Satu alu-aluan yang sukar, Bermulanya dengan misteri, Hadirnya sukar difahami, Lantas berkompang alunan di hati, Apa?? Siapa? Bagaimana? Dan mengapa? Namun, ini, kini, di sini, begini…….. bukanlah kata dusta, hadirnya tidak di paksa, hanyalah luahan tanpa suara, buat tatapan anti dan anta… Ini, Inilah diriku, Seorang insan biasa, Hadirku hanya sementara, Namun penuh dengan dosa, Mana mungkin aku mengkhianati yang maha kuasa, Dia-lah tuhan pentadbir segala, Tapi sayang apakan daya… Pabila nafsu mula beraja, Segala yang buruk ku sangka permata.. Kini, Kini aku mula menyedari, aku harus memperbaiki diri, tak bisa aku terus begini, tak mampu aku menahan seksa ilahi, yang sememangnya pasti, bukannya sekali, tetapi abadi………. Di sini, Di sini segalanya bermula, Hidayah yang Esa, Ku tampak sinarnya… Ketenangan hakiki mula menguasa, Namun aku tak seharusnya leka, Jangan cepat berasa selesa, Hadirnya hanya sementara, Jika aku kembali terlupa……. Begini, Beginilah fitrah insani, Sabda Rasul piliha

Kepulangan ini, dan pemergian itu...

Kepulangan ini, terasa sayu… Terasa sedih.. Tidak seperti selalu.. Kepulangan ini, Tidak lagi diiringi dengan yang hati girang… Tidak lagi ditemani dengan perasaan yang gembira… Hanya Resah, cemas, dan gelisah… itu yang mengelilingi ku.. dan Pemergian itu, Berlaku terlalu pantas, Sehingga sukar untuk aku menerima, Bukanlah niat aku untuk menidakkan, Kerna pemergian itu sesuatu yang pasti… Namun, pemergian itu, Kadangkala aku rasa belum bersedia.. Oleh kerana itu, Hadirmu… Sentiasa di mata… Pemergian itu, Telah ku simpan utuh di dalam hati, Ketika aku menggemgam erat tangan mu, Ketika lafaz syahadah deras dibaca di telinga mu, Kau pergi.. pergi untuk selamanya… Kepulangan ini pasti akan aku ingati, Kerana kepulangan ini, Telah menyaksikan pemergian itu… namun aku harus bersyukur dengan kepulangan ini… dan aku harus redha dengan pemergian itu… p/s : segala harapan bapak terhadap ku akan terus ku galas.. semoga sisa-sisa perjalanan hidup ku akan sentiasa diberkati dan diredhai.. pimpinlah