Skip to main content

Kepulangan ini, dan pemergian itu...

Kepulangan ini,
terasa sayu…
Terasa sedih..
Tidak seperti selalu..

Kepulangan ini,
Tidak lagi diiringi dengan yang hati girang…
Tidak lagi ditemani dengan perasaan yang gembira…
Hanya Resah, cemas, dan gelisah…
itu yang mengelilingi ku..

dan Pemergian itu,
Berlaku terlalu pantas,
Sehingga sukar untuk aku menerima,
Bukanlah niat aku untuk menidakkan,
Kerna pemergian itu sesuatu yang pasti…
Namun, pemergian itu,
Kadangkala aku rasa belum bersedia..
Oleh kerana itu,
Hadirmu…
Sentiasa di mata…

Pemergian itu,
Telah ku simpan utuh di dalam hati,
Ketika aku menggemgam erat tangan mu,
Ketika lafaz syahadah deras dibaca di telinga mu,
Kau pergi..
pergi untuk selamanya…

Kepulangan ini pasti akan aku ingati,
Kerana kepulangan ini,
Telah menyaksikan pemergian itu…

namun aku harus bersyukur dengan kepulangan ini…
dan aku harus redha dengan pemergian itu…

p/s :

segala harapan bapak terhadap ku akan terus ku galas..
semoga sisa-sisa perjalanan hidup ku akan sentiasa diberkati dan diredhai..
pimpinlah aku ya ALLAH…


kepulangan ini -9 ramadhan 1429H -6.25 am…
pemergian itu -9 ramadhan 1429H-1.40 pm…

Comments

Popular posts from this blog

random ~

                                       

saya cuma nak beli jambu jer ::

Aku : kak, beli jambu 2 inggit. Dia : jap ye dik nk tuang minyak dlm kuali ni ha.. Aku : owh ok.. Dia : susah xde pembantu ni.. anak perempuan akak da pegi sambung belajar. Dekat poli di bandar tu. Ambik bidang makanan. Da dia nk belajar lg.. akak bg je la Aku: owh baguslah.. Dia : semalam akak x bukak kedai, nmpk mendung jer.. rs rugi la pulak.. tu yg hari ni bukak.. lg pun skrg da ramai pesaing. Itu yg kedai sebelah sana. Dulu ckp nk jual cendol jer.. die tgk air kedai akak laku.. berbalang2 air dijualnyer.. sombong tu, bukan nk tegur akak.. Aku : err.. owh.. ok.. P/s - saya cuma nk beli jambu jer....

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....