Menyintai mu,
Setelah aku menyintai Mu.
Menyintai mu,
Sesekali aku terleka,
Asyik dengan buaian kata,
Leka dengan anganan dunia.
Menyintai Mu,
Hadirnya sukar dirasa,
Datangnya tanpa di duga,
Kerana munculnya hanya dengan cahaya.
Menyintai mu,
Aku sering gelisah,
Bukan kerana ragu,
Tapi kerana aku tahu,
Suatu hari kita pasti berpisah.
Menyintai Mu,
Tiada apa yang menjadi sempadan,
Setiap bisikan hatiku Kau perhatikan,
Kau amati satu-persatu…
Menyintai mu,
Penuh dengan harapan,
Wajahmu, tawamu, senyummu,
Sering menjadi ingatan.
Namun ku sedar,
Hatiku milikMu,
Hanya dengan cintaMu,
Aku bisa merasai kehadiranmu,
Bisa merasai,
Betapa aku bergantung kepada Mu, untuk menyintai mu..
Kerana tiada cinta sebelum cinta kepada Mu..
…………………. menyintaiMu menyintaimu
Setelah aku menyintai Mu.
Menyintai mu,
Sesekali aku terleka,
Asyik dengan buaian kata,
Leka dengan anganan dunia.
Menyintai Mu,
Hadirnya sukar dirasa,
Datangnya tanpa di duga,
Kerana munculnya hanya dengan cahaya.
Menyintai mu,
Aku sering gelisah,
Bukan kerana ragu,
Tapi kerana aku tahu,
Suatu hari kita pasti berpisah.
Menyintai Mu,
Tiada apa yang menjadi sempadan,
Setiap bisikan hatiku Kau perhatikan,
Kau amati satu-persatu…
Menyintai mu,
Penuh dengan harapan,
Wajahmu, tawamu, senyummu,
Sering menjadi ingatan.
Namun ku sedar,
Hatiku milikMu,
Hanya dengan cintaMu,
Aku bisa merasai kehadiranmu,
Bisa merasai,
Betapa aku bergantung kepada Mu, untuk menyintai mu..
Kerana tiada cinta sebelum cinta kepada Mu..
…………………. menyintaiMu menyintaimu
Comments