Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

mari tutup tahun ini ::

semalam sambil basuh pinggan, saya tedengar kata2 yg menarik dari seorang ustaz di radio.. " sesungguhnya hadapi la hidup ini dengan penuh ceria dan bersemangat, ibarat NIKE dan ADIDAS.. just do it dan nothing impossible..." p/s- so cool n i like !!

~ttw ^^

p/s- pretty stuff won't last long ::

update pantas: edisi~owh no! aku diperhati??

"murni, kau tu pegi tasik petang2 leklok.. ntah2 ade yg dok perhatikan kau.." itu pesanan seorang teman kepada aku, walaupun jauh, masih tetap risaukan aku.. terima kasih ^^ aku sambut pesanan tu dengan senyuman, tapi actualy ade rs takut jugak.. huhu.. so ptg semalam aku ambik jalan lain, tgh dok jalan tetiba tali kasut tercabut pulak, so aku duduk sekejap dkt playground depan umah... suddenly... mereka : eh, ni akak kite jumpa kat taman tasik semalam kan? mereka : a'ah la.. aku : haa?? adik perasan akak ker semalam? mereka : a'ah, kat taman, yg dekat byk bunga tu.. aku : huhu.. hari ni adik2 x pergi ker? mereka : x pergi, hari ni kitaorg main kat cni jer.. aku : main ape ni? main kejar2 eh?? mereka: main-main kejar hantu.. aku : owh.. ok, sape jadi hantu? mereka : sharizman! aku : huhu.. ok, menarik... emm k la, akak pegi dulu eh.. mereka : ok.. babai kakak.. aku : orait.. babai.. p/s- nampaknye aku memg diperhatikan, by a bunch of kids.. ^^

masih bernafas dgn udara-Nya ::

aku just nak share perbualan aku dgn abg aku semalam~ abg: dik, ko jgn asyik kerja jer.. kena pk jugak nak cari suami aku: insyaAllah da sampai jodoh ade la nanti tu.. abg: jodoh x datang sendiri, ko kena berusaha jugak dik, xkan xde lelaki ajak keluar? kau ni jual mahal sgt. aku : bg adik, lelaki yg yang sewenang2nya ajak perempuan keluar, bukan seorang lelaki yang baek. seorang lelaki yang betul2 nak jadikan wanita tu isteri die xkan menjatuhkan maruah wanita tu dengan mengheret die ke hulur-hilir. abg : kau x boleh kolot sgt, kadang2 lelaki tu memg baek, cuma die terbawa2 dengan gaya hidup sekarang. mana la nak ade dah orang bercinta lepas kahwin sekarang dik.. ~aku hanya tersenyum dan ubah topik perbualn p/s-masih byk yg ingin aku terangkan kepada abg, prinsip aku dan pesan tuhan.. aku mengalah bukan bermakna aku setuju, tapi kerana aku menghormati kepelbagaian pemikiran manusia... aku masih akan tetap di situ, masih akan tetap terus percaya serta yakin tanpa ragu, kerana aku masih...

hidup sekadar menumpang...

hidup ni hanya ibarat menumpang je kan.. jadi sama2lah kita ambik hanya sekadarnya.. jangan kerana kehidupan ni, kita bermusuhan, kita sakit menyakiti dan membenci.. alangkah ruginya andai itu yg kita lakukan.. kadang2 kita terlupa, terlalu mengejar dunia, sampai lupa apa yg akan kita bw andai sebentar lg ajal dtg menjemput.. jadi ingtkan aku, andai aku terleka dibuai dunia.. sementara, menumpang, dan hina.. kenapa perlu sombong kepada Tuhan?? p/s- aku hanya hamba!

yang pasti...

p/s- macam2 ade dalam kepala otak ni, tp yg pasti.. "akhirat di depan..!!!"

terlupa..

pernah seorang sahabat berkata kepada aku, "semua orang akan sibuk, hanya yang berbeza.. apa yang di sibukkan nya, jika ia kerana Allah.. maka bersyukurlah" walaupun da lama, kata2 ni sangat berguna untuk aku.. lebih2 lagi dalam keadaan sekarang.. hiruk pikuk bekerja, kadang2 membuat aku leka dengan asakkan dunia.. risau... " semoga hati ini tetap di jalan Mu.."

budak-budak maen kotak ::

korang suma mesti penah naek public transport kan. about 2 days ago, aku p sogo, drpd bank negara naek komuter nak balik shah alam.. suasana dalam tren 2 jgn ckp la, sgt membosankan..............................................!! di tengah2 keheningan itu, ewah..! tiba2 terdengar suara baby ketawa... lama plak tu die ketawa.. huhhuu n guest wat, semua orang dalam koc 2, ketawa n tersenyum lebar ^^ ade la dalam 40 kut, apa yg aku nak simpul kat cni, kids can bring so much different in our life.. once kita pun penah jadi kids, n we bring happiness to our parent, nice kan.. appreciate who we r, never regret y we here, keep on moving , only stop when He take u back... auni marissa- my 18th niece ^^ p/s- guys thanks 4 all ur support ^^

get use...!

korang penah naek x bas transnasional yang single seat die susun 3-3-3 kat belakang. kalau x silap start from seat no.5 (5A-5B-5C) 1st time aku naek dulu, perghh..! rasa cam nak turun jer after 10 minute die gerak, tapi x blh la wat cam 2... membazir plak rm25 hengget aku.. so hidup perlu diteruskan.. aku bertahan je la sampai kuantan dengan penuh rasa tertipu di hati.. last week rasanya kali ke 3 aku naek, and guest wat?? its not really bad actually, elok jer aku blh tetido.. ^^ bila aku pk2 balik, myb bcoz im already get use wit it.. macam 2 jugak dalam kehidupan kan.. kita salu cepat melatah n keciwa when sumting hapen not according to our plan. terlalu frustrated sampai kadang2 kita seolah2 menyalahkan takdir.. subhanAllah.. x perlu aku nak hurai panjang2, korang suma paham kan moral of d story.. p/s- Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia..

diam..

"eh aku confius la apsal murni diam malam ni..?" dai, ko ingat lg x ayat ni?? aku rase hampir 3 kali kau ulang.. ^^ mintak maaf sbb aku x jawab malam 2, cuma aku nak kau tahu, pernah berjauhan mengajar aku untuk sgt2 menghargai saat kita semua bersama.. itu jawapan aku.. p/s- rindu dan sayang kamoo semua.. ^^

owh no ^^

mungkin anda x tahu, hari ni hari jadi saya.. alhamdulillah.. ^^ tapi yang ni anda lagi x tahu.. pagi tadi on d way p work saya telah di saman owh no.. ^^ menarik betul hadiah 2, terima kasih acik trapik ^^ p/s- teringat kena saman dengan mak cik guard usm dulu..

cuba cari muhammad hasrul~ngee..

watak utama entry lucu ^^ sila cari beliau di attached picture ::

Apresiasi fana ::

bukanlah apresiasi itu yang menukilkan semua senyuman, namun saat kita bersama... itu yang aku nantikan.. p/s- di sini, kita pernah bertemu..

lucu ^^

okeh.. ini tahun pertama muhammad hasrul nak berpuasa. biodata : umur : 6 tahun status : pelajar pra-sekolah, masih menghisap susu di dalam botol ^^ pada malam menjelang ramadhan, peringatan ini telah diberikan kepadanya ... "ingat hasrul, puasa x boleh makan n minum tau.." "yer la..." tapi, ini soalan pertama muhammad hasrul pada pagi 1 ramadhan. "hisap botol susu kosong batal puasa x??? " sape nak jawah nih?? huhu AMARAN KERAS - tolong bagi xplanation yg lebih jelas kepada kanak2 yang baru belajar nak berpuasa yer...

tumpang lalu~

mak aih.. berabuk eh blog ni.. ishx3 mana tuan blog ni pegi.. ^^ okeh xpe, entry semenjak 2 menjak 3 menjak ni memang lain punya hangat skit.. itu semua monolog aku untuk aku, sedikit sukar.. tapi xpe.. actually dalam CPU kepala ni da banyak entry yang aku save, -terima kasih -diam -lucu n many more.. tapi 2lah.. InsyAllah, pape pun slamat menyambut RAmADAHAN AL-MUBARAK eh.. ^^

:: relocate

"sungguh beruntung orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk di dalam solat, dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna.... " (23:1-3) p/s- silent..

berhenti ::

berhenti x bermakna berubah.. tapi berikan masa, dalam hati masih berfikir, dalam fikiran masih di puja. masih seperti dulu, masih terus berfikir, masih terus mahu di laluan itu, masih sentiasa ingin bersama "kamu". sentiasa rindu akan kepahitan itu. p/s- tunggu.

abuse ::

belajar untuk BEZAKAN BELAJAR untuk mengawal belajar untuk tetap disitu tanpa berubah :: proceed ur life but keep mantain on the trek :: pretty hard huh !! well, hidup perlu diteruskan~

radio oh radio!!

" undress me and i undress u !.." okeh! ayat omputih tu adalah dari lirik lagu yang sibuk dimainkan di radio sekarang.. kesempatan berada kat rumah memberi aku peluang men discover semua stesen2 radio kat malaysia ni.. time belajar dulu aku x suka dengar radio, coz sgt x suka dengan iklan2 yang bising itu ^^ agak memeranjatkan la dengan pertumbuhan dan percambahan lagu2 yang sgt tidak senonoh !!! britney spears pernah dikecam dengan lagu three, tapi still jer lagu 2 play kat radio kan.. dan percayalah yang lagu 2 adalah tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan lagu2 yang dok meletup sekarang... kenapa dapat sambutan eh, sbb dalam bahasa omputih kut na.. cuba anda BM kan selingan beberapa lirik2 lagu di bawah, "i like when u asked me to kiss u there.." "tonite im gonna let u be the captain.." "never see a body like you..." "u know what i want from u, and let me taste it.." hurmm.. masih sedap didengarkah?? p/s~berhibur berc...

cure~

"bik, aina rasa kita ada chemistry la... " p/s- kadang2 gembira bila tahu ada insan yang gembira bila anda di sampingnya.. p/s/s- ni first time aku update blog sambil diperhatikan orang, die baca sebijik sebijik ape yang aku tulih.. maka entry ini utk die, p/s/s/s~ aina, jadi budak baek tau ^^

can't stop !

kadang-kadang x salah untuk kita jatuh, kadang-kadang x salah untuk kita meratap. tapi jangan terlalu lama, kerana di sana ada yang mengharap, di sana ada yang bergantung, di sana ada yang menunggu, dengan seribu harapan, bersama kasih-sayang, tidak pernah kenal erti penat dan jemu, apatah lagi berputus asa... jadi, jangan terlalu lama... p/s- untuk mak....

:: a step forwad ::

yer alhmdlh.. peperiksaan dunia telah tamat... perasaan?? ~hurmmm........~ undefined!! walaupapepun hidup ini perlu diteruskan... semoga aku, dia dan kamoo akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan... dan semoga rahmat, kasih-sayang serta petunjuk dari Allah sentiasa menemani.. p/s- x mampu hidup tanpa-NYA...

~speechless~

sejak akhir2 ni banyak berita2 di akhbar yang membuat aku speechless!! ~semalam berita ttg remaja yang terbunuh ketika cuba melarikan diri kerana diserbu JAIS.. dan hari ni.. yer berita hari ini mengingatkan aku kepada sejarah lama.. ~kamal attratuk p/s- we r speeding toward d end!

~baeklah

okeh~ nampaknye org yong peng dan masyi dah mendahului saya.. ^^ :: usrah terakhir :: baeklah.. yer semalam~ mana mungkin tarikh itu aku dan kamu lupakan itu usrah terakhir kita.. farah dan syaQ ^^ jgn sedih tau x dapat join semalam~ p/s- saya da tlg wakilkan makan kueh utk kamoo ^^ pesan kak ain, "jangan berhenti dari memberi, kerana itu akan membunuh kebaikan dalam diri kita" simple~ but there is a lot of 2 think about ^^ sinopsis ttg mereka dari mata saya: kak ain ( mama usrah ) ~terbaek! zati~ yer, ingt lg kah kali pertama kita berjumpa?? u always d same girl like b4 no matter wat hapen.. p/s- zati suka suruh org serius, tapi die juga sering ketawa?? huhu..^^ kak zie~ well well... no komen! huahuahua.. p/s- akak, tlg kurangkan lawak ok.. ^^ jannah~ tanpa ragu-ragu! anugerah tokoh rempit terbaek!!!! ^^ rohana ~ a very unique and interresting fren ^^ p/s- ganbate ney sensei!! syaQ~ yer kamoo... semoga terus tabah! satu perangai kamoo tlh saya warisi.. lalaala... ^^ p...

lets chek it out !!

selama ni kita salu denga " jadilah orang bertaqwa..!" even kat sek men dulu ( kl ingtan korang masih cemerlang la) kita ada belajar ttg bab taqwa ni.. aku penah tertanya2 apakah sebenarnya taqwa?? adakah cukup dengan mengatakan kita takut kepada Allah itu sudah menandakan kita ialah hamba yang bertaqwa? aku memang x bape arif la kalau nak intepret lebih2 ni, maklum la dulu sekolah agama rakyat pun x p.. bukan malas tau, arwah bapak memang x mau daftarkan aku.. ^^ okeh xpe, kat cni aku nak kongsikan sedikit ciri2 org bertaqwa yang terdapat dalam al-Quran pada surah Ali Imran . pada ayat 15 Allah memberitakan ganjaran yang akan diperolehi oleh orang yang bertaqwa dan bermula dari ayat 16 hingga 17 Allah menerangkan siapakah orang yang bertaqwa.. mari kita teliti: 1. iaitu mereka yang berdoa: "ya tuhan kami, kami benar2 beriman, maka ampunilah dosa2 kami dan lindungilah kami dari azab api neraka" 2. mereka yang sabar 3. taat 4. menginfakkan harta pada jalan Al...

update pantas: edisi~ hidup ni hanya sehari??

aku just nak share kata2 bernas dari buku " la tahzan" aka jgn bersedih... "kita hidup hanya sehari, hanya hari ni.. kerana semalam telah berlalu dan hari esok hadirnya masih belum pasti~ jadi jika berada di pagi hari, buatlah segala2nya dengan sehabis baek! jangan sesekali menunggu datangnya petang, kerana belum pasti petang itu milik kita!! p/s- sangat berharap shabat2 boleh dapatkan buku "LA TAHZAN" karangan Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni. sekarang da ade dalam small size dan dicetak dalam 3 jilid. serius sgt bagus dan sgt membantu dalam mengharungi kehidupan, insyaAllah~

:: mari berTEMU dan menDUGA ::

Alhmdlh diri ini sedang dalam mode untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan yang seterusnya! erk! ~kehidupan as student no more~ sambung belajar?? ^^ insyaAllah im looking forwad 4 dat tooooo.. pada minggu lepas diri ini telah dipanggil untuk berTEMU dan menDUGA pada 5 mei 2010.. jika tiada salah pengiraan, ini adalah kejadian berTEMU dan menDUGA saya yang pertama di kehidupan yang fana ni.. scary ker?? xde la.. saya kan cool.... lalala ^^ insyaAllah, sahabat2 semua.. doakan saya.. andai ini adalah yang terbaek, semoga Allah mempermudahkan segala urusan ~ganbate ney ^^ p/s- emaknye sudah suruh order PERSONA ! ~

"....benarkah ini jalan MU"

Yakinkah ku berdiri Di hampa tanpa tepi Bolehkah aku MendengarMu Terkubur dalam emosi Tanpa bisa bersembunyi Aku dan nafasku MerindukanMu Terpuruk ku di sini Teraniaya sepi Dan ku tahu pasti Kau menemani Dalam hidupku Kesendirianku Teringat ku teringat Pada janjiMu ku terikat Hanya sekejap ku berdiri Kulakukan sepenuh hati Peduli ku peduli Siang dan malam yang berganti Sedihku ini tak ada arti Jika Kaulah sandaran hati Inikah yang Kau mau Benarkah ini jalanMu Hanyalah Engkau yang ku tuju Pegang erat tanganku Bimbing langkah kakiku Aku hilang arah Tanpa hadirMu Dalam gelapnya Malam hariku ~song by letto (sandaran hati~) p/s- adalah satu saat yang menyakitkan apabila kita kembali ragu dengan segala keputusan yang kita lakukan..... adakah benar ikhlas kerana Allah, atau hanya kerana nafsu yang menguasa~ sigh....!

update pantas : edisi~banyaknya jamuan!!

okeh~ untuk beberapa hari blog ni diselebungi dengan atmosfera "emosi"... "weh, wat la entry ceria skit.. da mcm blog org nak mati!!!" owh baeklah~ terima kasih di atas "kprihatinan" anda~ sidang akademik 09/10 bakal melabuhkan tirai, maka dengan ini berderet-deret la sebuah aktiviti yang dikenali sebagai "jamuan" mari kita teliti ; 3/4 ~ jamuan BIK 7/4 ~jamuan lssk 8/4~ jamuan usrah adik2 comin soon insyaAllah~ 1 1/4~ AGM pmi (mesti ada makan2 kan kak zati) ^^ 23/4 ~jamuan farewell org johor ^^ 30/4 ~jamuan xclusive " d legend of lorong hj taib " ^^ wah2.. camner nak kurus camni.. huhu.. xper, rezeki jangan ditolak musibah jangan di benci takdir jangan diragu... lalui lah dengan penuh bersyukur~ "maka nikmat tuhan kamu yang mana yang kamu dustakan?" (55:38) p/s- 1/5~zoo taiping?? (lalalala...) p/s/s- kak ain, usrah kita tak mau wat jamuan ka?? ^^

~booster~

gagal... yer saya gagal memberikan sebab yang terbaek kepada kamoo sebentar td.. rasa bersalah.. terasa sedih..... terasa mementingkan diri... mengapa tidak terus berusaha untuk membantu.. ~maka entry ini untuk kamoo~ sekadar perkongsian, peringtan bersama... mengapa saya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik??? kegagalan menjawab persoalan ini amat besar kesannya pada kehidupan, dalam setiap diri, pasti akan pernah hadir soalan ni.. ~walaupun sekali~ "pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasakan kehidupan ini hanya sebentar sahaja.. seperti hanya hidup pada waktu petang atau pagi.." (79:46) "kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja, jika kamu mengetahui ttg hal ini (sudah pasti kamu bersdia)" (23:114) hidup ini teramatlah singkat jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.. jadi mengapa masih terus bermain-main~ waktu penamat semakin hampir~ sudah cukupkah amaln kita? layakkah kita untuk syurga Allah? atau kita bakal menjadi bahan ...

KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN

okeh! first of all aku akui.. tajuk entry SANGATLAH skema!!! ^^ kejuruteraan bioperubtan ni adalah kos idaman aku semasa muda remaja.. masa wat matrik kat UM dulu, ptg2 kalau p jogin, memag aku akan singgah kat fakulti bio-prub ni.. saja.. ambik feel la kunun.. masa isi borang UPU, memg aku da letak kos ni pilihan pertama.. selama beberapa bulan.. aku tetap dengan pilihan aku.. tapi yelah.. kita hanya merancang.. tuhan yang menentukan.. entah kenapa masa sesi pengisian UPU kali kedua, aku berubah hati !!! owh no~ 1. FIZIK PERUBATAN 2. KEJURUTERAAN BIO-PERUBATAN perasankah anda? saya telah meletakkannya di pilihan ke-2 !! yer... tapi hari ni, satu perbualan yang aku klasifikasikan sebagai menarik aka pelik telah berlaku... aku : cik ernee, tajuk lecture yang ke-3 tu best la.. cik : tajuk ape yer?? aku : oksigen effect and re-oksigen treatment.. cik : owhh.. a'ah tajuk 2 die lebih kearah bioperubtan.. aku : menarik.. cik: kalau awak nak, boleh la ambik tajuk 2 utk sambung belajar.....

sekelip mata~

ptg semalam aku ade kelas ganti.. semasa kelas hampir tamat, aku terdengar 1 perbualan.. "bagaimana keadaan die sekarang?" "owh die da balik ke kg.. mungkin akan di rujuk ke HUSM.." "ade org sakit..." ( bisik hati aku ) perasaan curious mnyebabkan aku menyibuk.. aku : emm sape yang sakit? die : owh ...c (bukan nama sebenar) aku : sakit ape? die : kena stroke! aku : stroke! die : a'ah.. masa die bangun tido, tibe2 sebelah badan die da x boleh berfungsi.. aku : ya Allah, kesian nye, mana die sekarang? die : kat kg, 2lah.. x tahhu la mcmmana.. exam da dekat ni... hurmm.. aku : .............. apa yang berlaku, membuatkan aku tersedar dari lamunan hidup.. terlalu sibuk merancang masa depan, kadang2 terlupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.. kadang2 terlepas dari memikirkan "hidup ini penuh dengan pinjaman!" ~bila-bila jer Allah boleh tarik segala pinjaman-Nya~ musibah yang menimpa org lain wajarkan kita jadikan pengajaran.. jangan biarkan ia ...

jelas~

tiada apa yang mampu aku bantu.. semuanya sudah jelas , kenapa masih memilih yang pudar.. adakah hati ini telah gelap dek kotoran dunia.. ya TUHAN, bantulah dia.. pimpinlah kami.. p/s- jelas

~tidak lepas!

perasaan bersalah kepada Allah adalah satu kuasa luarbiasa yang mampu menghalang seseorang daripada terus menerus melakukan dosa... perasaan bersalah ni hanya akan hadir apabila kita yakin dan memahami hakikat Allah sentiasa bersama dan memerhatikan kita.. rasa malu dan hina seterusnya akan menjadi semakin menebal sehingga kita merasakan tidak berdaya untuk mengangkat wajah... kerana rasa bersalah menjadikan dunia ini seakan sempit dan sesak.. ~tiada tempat untuk membawa diri~ "timur mahupun barat, sumanya milik Allah.." (2:115) kemana lagi diri yang hina ini mahu di bawa.. namun bersyukurlah jika rasa bersalah itu sering bersama kita.. walaupun pedih dan sakit.. itulah harga yang harus dibayar untuk sebuah "pengawasan". "ingatlah kepada Allah, nescaya Allah akan ingat kepada mu..." (2:152)

dah macam sin chan!

(*sila baca dalam nada seperti berbisik) A : weh macam mana nak wat nih? B: kau wat je la cam biasa, A : aku x reti la, B : x reti kehapenye, kan ko da wat ari 2.. A : yang mana? B : ape la kau ni, sekejap pun da x ingat..!! aish.. ~back 2 normal! okeh, begitu la sedikit sebanyak perbualan 2 sahabat kat libry td. suasana kat libry kalau malam, memg senyap tahap moksya. walaupun 2 bro 2 bercakap secara berbisik, tapi percayalah... semua org kat aras 2 dengar.... huhu.. perbuatan 2 org bro 2, dah mcm sin chan!! korang pernah tgk x cite sin chan yg tajuk die "jangan ganggu papa" dalam siri 2, papa sin chan suruh die senyap, coz die nak wat keje.. sin chan yg sengal ni bukan nye senyap, tapi bercakap secara berbisik... "diamdiamdiamdiamdiamdiam......" huhu... sgt irritating aka annoying!! ape yg aku nak relate kat cni adalah, dalam menghadapi kehidupan ni, kita akan sedaya upaya mengelak daripada menggangu atau pun menyakiti org lain. tapi kite x sedar, dalam kite dok b...

~jangan terlalu lama

seorang sahabat pernah berkata kepada aku... "untuk menyambung tali perjuangan Rasulullah saw, kite x blh terlalu lama berjiwa remaja, jalan dakwah bukan jalan untuk dimanja" ucapanya lembut, tapi sehingga kini masih terngiang-ngiang... jiwa remaja penuh dengan kekacauan~ penuh dengan kekeliruan! sentiasa ingin difahami, tapi jarang untuk cuba memahami. sigh!! p/s- aku ingin cepat keluar!

update pantas : edisi~andai hari2 ade usrah !!

andai usrah ade hari-hari aka hari-hari ade usrah! mungkin itu lebih baek.. masa?? hurmm... ade sesiapa nak bantu saya untuk realisasikan x?? p/s- "bukan semua berpeluang untuk membuat kebaikkan, tapi kesempatan sentiasa ada untuk kemungkaran" p/s/s- "ujian yang melanda kehidupan, ibarat rasa lapar.. tanpanya kita x akan dapat merasai nikmat makan. same as we can never taste the sweet if we throw away the sugar. redha dengan ujian dan cabaran, hanya selepas itu kebahagian menjelma" ^^

~terharu~

Alhamdullilah, kesempatan berjumpa dengan adik2 pimpinan BADAR dari UTEM semlam memg BEST!! ~korang memg GEMPAK~ kesungguhan untuk belajar dan menghayati sebuah perjuangan dalam usaha memartabatkan ISLAM di bumi UTEM sememangnya jelas terpancar di wajah adik-adik ni. syabas!! namun jalan yg kite pilih ni, adalah jalan berduri, tiada istilah mudah, namun x bermakna perlu mengalah.. "akak, nanti follow up la kami eh..." ~terharu~ semoga tautan ukhwah ini tidak hanya berhenti di cni, really hope 2 c u guys again!!~

update pantas: edisi ~ dua posen!!

"jangan biarkan persepsi pertama menghalang kita daripada memilih kebaikkan" okeh! itu isu semalam... "adik kena bayar 2 posen kalau nak plastik bag" sigh!...~ punya la seronok shopin, sekali terlupa ari ni ari rabu!! "no plastic bag !!" owh no!! tapi xper, dengan cool nye aku pun kuarkan je la 2 posen... lalalala... p/s- cuba kira ade berapa byk tanda seru dalam entry kali ni?? ngeee!!

~manis~

salunya kite mengaitkan manis dengan gula, tapi manis kali ni not bcoz of dat.. baca link nih ~ da bace?? ok... walaupun aku xde kene mengena dengan adik2 tu, tapi rasa sangat gembira dan sejuk hati ni bila baca kisah mereka... semoga die, kamu, aku, kite dan mereka akan sentiasa di beri kekuatan dan peluang untuk sentiasa berada di jalan-Nya... ~manis~ itu yang aku rasa.

:: SEBAK ::

suasana sebak menyelubungi :: mereka :: "walaupun kita berasa penat dan seperti sudah tidak mampu untuk berjuang, tapi adakah kita yakin semua yang di lakukan itu ikhlas dan hanya untuk Allah swt?? " semua perkara perlu direnung-renungkan, walaupun kehidupan begitu rakus dimamah masa, namun x salah untuk kita berhenti! dan menilai di mana kita sekarang, apa yang kita mahukan dan kerana apa kita melakukan... golongan yang tercicir??? ini akan menjadi isu~

update pantas: edisi- cepatnye masa berlalu !!!

ok. da lamer x tulis~ sibuk la kunun... hari ni insyaAllah kuliah terakhir untuk subjek medical social work. mcm x percayer... serius!! masa awal sem dulu, aku ader tragedi skit dgn subjek ni, lecturer die, dr angeline mintak aku drop subjek nih!!! coz katenye : "you r not a social worker student, i dont understand y u want to take the subject, you dont have basic regarding this field, i want you to drop" wah! masih terngiangngiang di telinga ku!! huhu... buat pengetahuan anda, subjek ini adalah untuk pelajar tahun akhir major kerja sosial under skull soc sains. alhmdlh berbekal pengalaman berdebat dan berpidato dan sedikit lawak bodoh, aku telah memberanikan diri berjumpa dr.angeline secara personal dan memberikan hujah-hujah mengapa aku patut diberi peluang untuk mengambil subjek 2... dan alhamdlh, tadi... kuliah terakhir da pun selesai !! yoshhh!! ( bergema) kesempatan mengambil beberapa subjek dari skull soc sains adalah 1 pengalaman yg amat berharga, mungkin pelajarnye...

Ali ke Yasmin eh?

kesempatan menonton sebuah dokumentari bertajuk EGYPT tempoh hari, sedikit memberi kesan kepada aku. 2 watak utama yang diketengahkan adalah ALI dan YASMIN. kedua2nya merupakan warga Mesir. namun apa yang membezakan mereka ialah gaya hidup dan pemikiran. Ali merupakan seorang pemuda yang dalam lingkungan 2oan, seorang pemuda kampung yang berhijrah ke Kaherah. die memilih kaherah, kerana di situ die boleh mendalami ilmu agama bersama ulama' tersohor di samping boleh mencari rezeki untuk menyara keluarga. walaupun hanya pekerja di kedai roti, namun Ali selalu memberi makan dan sedekah kepada fakir miskin, terutamanya ketika ramadhan... berlainan bg Yasmin,die seorang pemudi Mesir, yang memperjuangkan ideologi dan gaya hidup barat.die sentiasa berusaha untuk mengubah gaya dan pemikiran wanita mesir. die mahu mereka lebih menghargai kehidupan dengan lebih bersosial dan menjadikan barat sebagai kayu ukur. die mengusahakan sebuah majalah wanita, dan terang-terangan mengatakan, tid...

-simple vs complicated-

Alhamdulillah, sgt bersyukur coz dapat pegi ke ceramah kospirasi yahudi last night. tahniah kepada ajk pelaksana especially pengarah projek, saudara sufian (nydp pmiusm) , tahniah dik.. terlalu ramai warga kampus yang hadir, sehingga melempah2 keluar dari DK A. syabas! aku x mampu nak kongsi segala ilmu yang aku dapat malam td kat cni, coz aku x pandai menyampaikan ilmu melalui penulisan... maaf. tapi aku sgt tertarik, dengan serangkap ayat yang dipaparkan dalam slide ceramah malam td. dan itu yang aku nak kongsikan. "truth are simple, but human makes it complicated" kata-kata ni membuat aku merenung jauh......

EPILOG SILAM

lirik: klik lagu: klik "Dalam mengenang kisah hidup silam Ku sedar dari kesilapan lalu ,Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatku??" p/s-tanks k.mas coz bg lagu ni dulu...

terima kasih!

entry kali ni, aku dedicate khas untuk adik2 penggerak lujnah sukan, sosial dan kebudayaan (lssk) PMIUSM. -fazri da shy -dayang da bom -aisyah da boss -fatimah da cartoon -fadhilah da cool -luqman da ??? they call him vitamin c! selama 2 tahun memegang biro itu, x dapat aku nafikan tahun ini adalah yang paling menarik dan mencabar. tanpa disedari, masa akan berlalu, dan satu hari nanti kita semua akan berpisah.. terima kasih di atas segala komitmen yang diberikan. (recently diorang suka bergaduh dalam metin.. hurrrmm pening!!) papepun, u guys memg best!! p/s- jangan lupa metin malam ni kat foyer dk eh!! make sure kali ni x silap tempat, n jangan nak salahkan tayar kereta aisyah k!! -3 out of 6-

~usah ragu dengan takdir...

seorang teman menghasilkan sebuah entry persis seperti tajuk di atas, dan entry itu, untuk aku... terima kasih... (sangat suka) apa yang aku nak relate kt sini adalah, dalam meniti kehidupan, terlalu banyak perkara yang kita pertikaikan, terlalu banyak... sehingga kita terlupa untuk menghargai apa yang kita ada.. sehingga kita terlepas dari mengakui, semua itu ,adalah yang terbaik untuk kita.. kerana semua itu adalah ketetapan ilahi... hidup akan sgt bererti kalau kita hargai setiap peluang yang di beri... walaupun berat untuk bahu memikul, walaupun susah untuk hati menerima.. tapi itu la pengorbanan, harga yang harus dibayar.. untuk sebuah kebahagiaan abadi.. ~no pain no gain~

~kenangan~

aku xde memori tentang foto ni, tapi aku declare inilah kenangan terbaik aku.. ~kadang-kadang kenangan x perlukan ingatan~

Jangan pernah menyesal...

Jangan pernah menyesal dengan kejadian diri. jangan pernah terlupa untuk menghargainya…. “kak, saya rasa diri saya x berguna… saya x macam sahabat2 laen, diorang suma pointer tinggi2.. Tapi saya??? Adoi.. ! Saya nak jugak gud result macam diaorg.. Saya nak jadi macam diorg… Kata-kata ini, Aku sahut dengan senyuman, Tabahlah adik ku… Teruskan berusaha.. Pesan Rasulullah saw, yang paling bijak, adalah yang paling banyak mengingati mati.. Hidup ini hanya sementara, Mungkin esok lusa, izrail datang mencabut nyawa.. Jangan terlalu kecewa, Hingga berhenti segala usaha.. hingga lupa kepada KEBAHAGIAAN ABADI.. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan… _mardhatillah, Abadan abada… InsyaAllah.._