kesempatan menonton sebuah dokumentari bertajuk EGYPT tempoh hari, sedikit memberi kesan kepada aku. 2 watak utama yang diketengahkan adalah ALI dan YASMIN. kedua2nya merupakan warga Mesir. namun apa yang membezakan mereka ialah gaya hidup dan pemikiran. Ali merupakan seorang pemuda yang dalam lingkungan 2oan, seorang pemuda kampung yang berhijrah ke Kaherah. die memilih kaherah, kerana di situ die boleh mendalami ilmu agama bersama ulama' tersohor di samping boleh mencari rezeki untuk menyara keluarga. walaupun hanya pekerja di kedai roti, namun Ali selalu memberi makan dan sedekah kepada fakir miskin, terutamanya ketika ramadhan... berlainan bg Yasmin,die seorang pemudi Mesir, yang memperjuangkan ideologi dan gaya hidup barat.die sentiasa berusaha untuk mengubah gaya dan pemikiran wanita mesir. die mahu mereka lebih menghargai kehidupan dengan lebih bersosial dan menjadikan barat sebagai kayu ukur. die mengusahakan sebuah majalah wanita, dan terang-terangan mengatakan, tidak akan mengambil gadis bertudung sebagai penyeri majalahnya. die juga sering mengadakan parti2 sosial dan tetamunya adalah para pemimpin Mesir yang banyak menyokongnya selama ini.. sebenarnya aku sedikit keliru apabila Discovery channel mengeluarkan dokumentari seperti ini.apakah agenda di sebalik pendedahan 2 gaya hidup dan pemikiran penduduk Mesir ni?? tapi aku dengan senang hatinya membuat konklusi sendiri, sedangkan yasmin, penduduk mesir, yang dari kecil mungkin telah dibiasakan dengan sirah2 nabi, kisah firaun dan balasan yang Allah turutkan kepada mereka, masih tidak dapat untuk menghayati dan mengambil pelajaran...kerana die berada di zon selesa... ali, seorang miskin.. memahami hakikat kebergantungan kepada Allah, kerana die tahu, die perlu sentiasa berusaha untuk memiliki sebuah kehidupan. benarlah sabda Rasulullah saw, sesungguhnya syurga itu rata2 penghuninya adalah orang miskin.. justeru tiada apa kejutan tentang pendedahan di dalam dokumentari itu.... p/s- siapa yang lebih mulia di sisi Allah??
Aku : kak, beli jambu 2 inggit. Dia : jap ye dik nk tuang minyak dlm kuali ni ha.. Aku : owh ok.. Dia : susah xde pembantu ni.. anak perempuan akak da pegi sambung belajar. Dekat poli di bandar tu. Ambik bidang makanan. Da dia nk belajar lg.. akak bg je la Aku: owh baguslah.. Dia : semalam akak x bukak kedai, nmpk mendung jer.. rs rugi la pulak.. tu yg hari ni bukak.. lg pun skrg da ramai pesaing. Itu yg kedai sebelah sana. Dulu ckp nk jual cendol jer.. die tgk air kedai akak laku.. berbalang2 air dijualnyer.. sombong tu, bukan nk tegur akak.. Aku : err.. owh.. ok.. P/s - saya cuma nk beli jambu jer....
Comments