Skip to main content

cerpen : Lipatan Telekung Untuk Kakak

"bunga telekung mesti kat luar..."

bisik hati if, sambil melipat telekung setelah selesai solat dan fikirannya melayang teringatkan zaman kanak-kanak bersama kakaknya dahulu....

"eh, ko ni buta ni ker or x reti lipat telekung? x nampak ker aku lipat mcm mane b4 ko guna tadi??"
"errrr..... maaf kak, nak cepat!"
sudah lah dengan kau punya cepat, tiap kali lps guna pun ko wat cam 2... huh!"
"eh ye ker?? huhu... "

kakak agak tegas dalam keluarga, abang-abang yag laen pun agak cuak apabila kakak cuba bersuara, apatah lagi iftitah... anak bongsu di dalam keluarga pakcik Afef dan makcik sarah. semenjakkecil kakak sangat rapat dengan bapaknya. maka x hairan kakak mewarisi sifat garang dan tegas pakcik Afef.

"mak ni manjakan sangat si if tu, nanti da besar nak jadi ape die tu? cuba mak suruh die buat keje skit... mentang-mentang bongsu, asyik tgk tv jer..."

"die kan baru balik tuisyen td, biarlah die berehat jap.."
"hmmm... 2 la mak, suka sangat menangkan adik"

dari jauh, iftitah mendengar bebelan kakaknya itu...

"yelah2, adik pegi sapu sampah kat bawah..."

"x payah, baek kau pegi solat asar dulu, nak tunggu maghrib ker baru nak sembahyang?"

"ish kakak ni, sat suruh wat kejer, sat x bagi plak... kacang bendi betul"
bisik hati if..

"yelah2, adik pegi semayang"
"lps guna telekung 2 nanti, lipat balik mcm akak lipat, siap kau kalau aku nampak bersepah kat dalam bilik 2!!"

"erk! baek..."

selesai solat...

"alamak, lupa nak bagi tahu huzairi kelas tuisyen esok batal"
if teringatkan ttg kelas tuisyennya yg batal dan perlu segera diberitahu kepada huzairi, ketua kelasnya..."

"pak, nak guna motor jap, nak g umah kawan jap"
"yelah, cepat skit, nanti bapak nak pegi masjid"

"yes sir!"

setelah seketika...

"hampeh kacang botol punya if, die tinggal jer telekung ni kat sejadah, nak kena backhand sungguh budak ni!!, tunggu la lepas aku ajar die ngaji nanti...!"
(note: backhand=lempang)

"adik, cepat mandi, pastu ngaji dengan kakak, mak nak pegi masjid dengan bapak dah ni..."

"baek mak!..."

setelah if selesai solat maghrib....

"tu dok tunggu apa pulak tu?"
"tunggu akak la, nak ajar ngaji"
"abes tu, ko x reti2 ker nak hafalkan or baca dulu apa yang dah aku ajar semalam"

"erkk!... baek..."

"x payah, aku nak ajar dah ni.. baca al-fatihah!!"

"gulpp!! bismillahhirrahmananirrahim......


setelah selesai

..........sodakallahhulazim"

"kau bukak telekung ni depan aku sekarang"
"baek!"
"ko lipat telekung ni sebijik cam aku lipat telekung aku ni"
"okey!"

"bukan mcm 2 la, bunga telekung mesti kat luar!!"
"erk! ye..."

"kalau esok kau x lipat elok2 cm ni, siap kau!"
"ye, siap saya.. eh, baek!"

"buat lawak la 2, ingat kelakar sangat!"
"erk!.."

"if..., iftitah... iftitah!"
"astaghfirullahalazim..."

iftitah tersedar dari lamunannya...

"ye kak, kenapa??"
"da siap solat ker?"
"tolong akak pegang adnin ni jap, akak nak pegi beli lauk kat restoran depan simpang 2 jap"
"owh baek!"

hati iftitah mula gelisah, maghrib cuma tinggal lagi 20 minit , kalau akak x solat dulu sebelum pegi ke kedai, akak mngkin x sempat untuk solat nanti..

"kenapa abang jeff x suruh akak solat dulu, hmmm..tapi abang jeff pun dari tadi dok tengok tv dan belum solat..."

iftitah memberanikan diri..

"akak, kalau akak nak solat dulu xpela, adik boleh tengokkan adnin.."
"nantila akak solat..., akak p dulu"

semenjak berumahtangga, perangai kakak ade sedikit berubah..
kakak sudah mula meninggalkan solat... ini bukan kali pertama, sudah banyak kali if perasan kakak meninggalkan solat
walaupun dulu kakak lah orangnya yang menjaga waktu solat if, tapi kini kakak sudah mula pandang enteng akan solat... dan lebih menyedihkan abg jeff, suami kakak, turut liat untuk bersolat...

mengaji? kali terakhir iftitah melihat kakak mengaji ketika arwah bapak meninggal dulu.... sudah 3 tahun...

hati iftitah sangat sedih setiap kali melihat kakaknya meninggalkan solat..

"kenapa begitu mudah kakak berubah,
dulu kakak mengejutkan if dari tidur, kakak memarahi if kalau terleka menonton tv, kakak mengajar if mengaji... kakak tahu solat tu wajib...

tapi kenapa kak, kenapa kakak buat macam ni... akak x kesiankan diri kakak? akak sudah tidak takut tuhan? atau kakak sudah terleka dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kakak?....

kakak...

if sayang kakak,

dan if akan terus berdoa semoga hidayah Allah kembali menerangi hati kakak..."

if membawa adnin masuk ke bilik kakak...
if mencari telekung kakak, dan ternyata telekung kakak sudah tidak berlipat dengan kemas seperti dulu.. if mencapai telekung itu, lalu melipatnya..
persis seperti lipatan yang kakaknya mahu dahulu...

sambil berlinangan air mata
hati if berbisik...

"kak, lipatan telekung ini, adik hadiahkan untuk kakak"

Comments

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

~booster~

gagal... yer saya gagal memberikan sebab yang terbaek kepada kamoo sebentar td.. rasa bersalah.. terasa sedih..... terasa mementingkan diri... mengapa tidak terus berusaha untuk membantu.. ~maka entry ini untuk kamoo~ sekadar perkongsian, peringtan bersama... mengapa saya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik??? kegagalan menjawab persoalan ini amat besar kesannya pada kehidupan, dalam setiap diri, pasti akan pernah hadir soalan ni.. ~walaupun sekali~ "pada hari mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasakan kehidupan ini hanya sebentar sahaja.. seperti hanya hidup pada waktu petang atau pagi.." (79:46) "kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja, jika kamu mengetahui ttg hal ini (sudah pasti kamu bersdia)" (23:114) hidup ini teramatlah singkat jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.. jadi mengapa masih terus bermain-main~ waktu penamat semakin hampir~ sudah cukupkah amaln kita? layakkah kita untuk syurga Allah? atau kita bakal menjadi bahan ...

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...