Skip to main content

Indahnya Menjadi Seorang Muslim….

“hargailah nikmat iman dan islam yang telah Allah berikan kepada kita..” ayat ni seringkali diulang-ulang hampir dimana-mana sahaja majlis ilmu yang aku hadiri…
Menjadi seorang muslim, adalah kurniaan yang terlalu besar harganya,


Namun ada pendapat mengatakan orang melayu kurang bersyukur di atas nikmat ni, sebab mereka memang dah dilahirkan dalam keluarga islam…


mungkin ada benarnya…


ketika banyak seminar dan ceramah dakwah kepada non muslim diadakan di universiti , ada pula suara-suara sumbang yang kurang berpuas hati.


“buat apa la nak sibuk-sibuk dakwah kepada orang bukan islam, yang orang islam ni pun masih besepah-sepah yang x kenal agama, patutnya mantapkan orang islam dulu… baru la senang nak berdakwah, non muslim tengok pun sejuk hati diaorang nak peluk islam…”


Hmm.. ader logiknya, tapi bagi aku kedua-dua perkara ni boleh berjalan serentak… mostly orang peluk islam sebab tertarik kepada agama islam tu sendiri.. ye x??


Tapi ramai jugak masuk islam sebab nk kawin…. Ooops!! Yang ni no coment..!


“ jadi orang islam ni bahagia, suma benda mudah, lakukanlah segala-gala hanya kerana Allah.. belajar kerana Allah, makan kerana Allah, naik motor ingat Allah, senyum kerana Allah… sumanya, seluruh hidup ini hanya untuk Allah…, InsyaAllah awak akan sentiasa tenang dan merasakan dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja… hati yang sentiasa merasai kehadiran Allah di sisinya akan sentiasa merindui untuk bertemu yang maha Esa…”


wah tenangnya apabila pertama kali mendengar kata-kata ni ^-^


Seorang muslim sentiasa yakin, amalnya, hidupnya dan matinya hanyalah kerana Allah… setiap perkara yang ingin dilakukan, sentiasa memohon petunjuk dan hidayah dari Allah...


setiap kesedihan dan kegembiraan segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
Bertemu, berpisah, menyintai dan membenci hanyalah kerana Allah..


Sesungguhnya hakikat ni, dah lame aku pasakkan di dalam hati,


Namun tiap kali diri ini diuji, kesedihan pasti akan hadir…


Hati ni terpaksa dirayu dan dipujuk bak kanak-kanak kecil yang masih belum memahami apa-apa…


Namun Alhamdullilah,


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan,


Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa dunia ni hanya sementara,


Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa semakin kita cuba menghampiri Allah, semakin kuat ujian yang bakal menimpa,


Terima kasih kerana mengingatkan aku, bahawa seseorang hamba itu hanya akan diuji dan dibebani bersesuaian dengan imannya dan kesangupannya…


Terima kasih…

Sesungguhnya kita tidak pernah tahu apa yang tebaik untuk kita, melainkan Allah s.w.t
Pintaku agar kalian akan terus bersamaku,
Jangan sesekali berputus asa terhadap ku,
Pimpinlah aku dalam mencari redha Allah…


Semoga hati-hati yang merindui cinta Allah dan mengharapkan pertemuan dengan-Nya , akan sentiasa diberi kekuatan agar kasihnya akan terus terjalin dan hanya MARDHATILLAH yang menjadi sandaran…

Comments

'menjadi seorang muslim memang indah... dan kita juga akan diuji dengan keindahan'

Popular posts from this blog

aduhai..

kadang kadang lucu dengan telatah manusia. macam macam ragam.. tiba tiba terfikir, mungkin ada yang tertawa dengan telatah aku jugak..? hhuhu.. mari tanam dalam dalam yang hidup ini bukan selamanya, jangan berlagak, sbb tuhan x suka.. mari bersederhana, hormat orang x kira siapa.. kita hamba, dia hamba.. mari teruskan hidup!!

aina owh aina...

last week aku call die, aku : camne bljar, ok? aina : ok, hari ni pend islam, aina belajar adab berkawan.. aku : owh ye ker... aina : ustzh kate kite x blh sakitkan hati kawan.. aku : owh.. betul la tu.. aina : tapi kan bik, aina rs kita boleh hancurkan hati kawan.. aku : hah?? kenapa pulak?? aina : sbb, kalau hati sakit, nak kena beli ubat.. mahal tuh, tapi kalau hati hancur, gam UHU byk kat kedai, murah pulak tuh.. aku : confirm, memg kau anak sedara aku.. aina : kita kan ade chemistry... huhu aku : yer, jgn lupa biologi dan physics juge.. haha p/s- kadang2 seronok jugak ade anak sedara nih, tapi bila time raya.. sindri mau ingat la ^^

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...