Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

damba harapan...

" ketahuilah ! sesungguhnya al-quran itu adalah satu peringatan, (yang sangat besar pengajarannya) oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika di kehendaki Allah, Dialah tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya. dan Dialah juga yang berhak memberi pengampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat)" ( 54,55,56 : 74 ) semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dikehendaki Allah untuk mendapat peringatan....

minasan, arigato gozaimas!!!!

Alhamdullillah project da siap, terima kasih kepada kpd semua yang membantu. en khairul ( lab asst. mikrob) puan Suri (lecturer mikrob), pakcik tokey lembu, mak cik kuih + brader2 + pak mandur - di balik pulau. pakcik apam balik pakcik jual surat khabar adik kedai runcit. en.kong ( lab asst biofizik) akak2 master skul fizik student2 n lab asst kt lab mikrob etc............. maaf jika ade nama yang tetinggal.... semua individu di atas secara langsung dan tidak langsung terlibat dengan fyp kami.. terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan... semoga Allah membalas jasa2 kalian.. owh ye, comel x kueh pau kat atas 2?? en .kong yg belikan untuk saya dan ina.. sebenarnya ade kueh tart jugak, tp x sempat nk snap picture da masuk dalam perut ^-^ terima kasih kepada en.kong yang sanggup datang dari seberang untuk membuka lab pada hari ahad semalam dan sabar menunggu kami ber"kampung" di lab selama 6 jam.. InsyaAllah nanti ina belikan hadiah... he.. ok, once again... tanks 2 all........

:.emosi hitam putih.:

Sejenak .. ku imbasi kembali Erti pelayaran usiaku Ke timur ke barat Dunia akhirat Segalanya .. Di tengah hangatnya kejahilan Membakar hangus keimanan Dan aku hanyut Tiada berpaut Layu sudah pedoman diriku Kini bersendiri Ku meniti hari Ke kanan ke kiri Ku menilai kembali Jalan ku lalui Dosa yang telah pergi Walau tanpa ku sedari Air mata membasahi Terasakan … terbuka Kunci pintu hatiku Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru Terurai kekusutan Membaralah cinta Milik-Mu Yang Esa Selamanya… Pada-Mu selamanya .. Selamanya… song : pada Mu selamanya by : SAUJANA p/s- saya harap dia dapat baca blog saya, walaupun mustahil... saya nak die tahu yang masih ramai sayangkan die, dan mahu die kembali seperti dulu... die dan mereka adalah sebahagian kenangan saya... walaupun x tahu apa yang terjadi... saya tetap akan terus berharap dan berdoa....

semoga pintu hati mu akan kembali terbuka...

Lihat dedaunan kekeringan jua   Ku kutip bawa sang bayu Layu tak berguna Jiwa manusia di arus usianya Tersalah tiada makna Seandai tiba masa Putaran roda kehidupan Penuh warna-warna kesamaran Jika kau ikuti jalanan Sesat kan penghujungnya Sedari masa berbeza Berdetik usia kita Janganlah terlena hingga ke akhirnya Sujud pada yang Satu Teguh keyakinanmu, lenturkanlah keimanan Kasihmu kepadaNya Tuhan Yang Satu song: usia antara masa by   : SAUJANA

BANDAR SETINGGAN DI AMERIKA

link- kosmo 20/3/09 berita di atas cukup menarik perhatian aku, aku tersenyum sinis sambil berkata "padan muka".. tetapi hanya sementara, atas nama kemanusiaan, aku agak berdukacita... ekonomi. politik. sosial 3 medium gergasi yang kelihatanya kini semakin goyah baik di luar negara mahupun di malaysia sendiri isu tentang ahli politik disiasat SPRM membuatkan aku berasa panas, politik wang yang kini menjadi trend telah mencemarkan alam sekitar, kesannya nyata lebih berbahaya berbanding CFC dan KFC yang diboikot itu.. mungkin USM patut mencanangkan KELESTARIAN POLITIK pula selepas ini.. bagi mana-mana pihak yang menjadikan negara-negara barat sebagai kiblat, bukaklah mata, tenangkan hati.. lapor wartawan di atas.. " Tindakan mesti diambil untuk mengubahnya kerana keadaan ini tidak boleh diterima. Kita sudah kembali ke zaman Great Depression," maka jelas, mereka sendiri masih terhuyung-hayang mencari corak pembangunan.. tapi kite terhegeh-hegeh nk ikut, pembangunan yan...

this is not a drawing..

:: selamat pengantin baru SURIA ::

sedang aku menaip entry ni, suasana di rumah suria pasti sedang riuh-rendah... tahniah, hari ni hari pernikahan suria, seorang sahabat ku di kampung.... banyak betul kenangan terindah kami... jika di kampung dulu, kami pasti akan pergi kenduri kawin bersama-sama, sebab mak ktorang pun p sama-sama.. he.. (so kami join d group makcik2 la..) semakin lama, laluan hidup aku semakin jauh dari suria, sedikit kesal kerana aku tidak mampu mengekalkan keakraban persahabatan kami.. terlalu sibukkah aku?? aahh.. alasan... maafkan aku suria, aku bukan sahabat yang baek, aku tidak mampu berada di hadapan mu, untuk sama-sama meraikan hari bahagia mu... maafkan aku, _kau tetap di hatiku_ hanya masa dan jarak yang menjauhkan kita, semoga rahmat Allah sentiasa di samping mu... aku harap suria akan sentiasa berbahagia,

self correction!

" ambiklah pengajaran daripada perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, bersyukurlah kepada tuhan kerana tidak membuatkan hati kita mati dan terpilih dalam golongngan-golongan yang sentiasa cintakan kebaikan dan benci kemungkaran... " ini adalah sedikit-sebanyak kata-kata yang aku pernah dengar dari seorang sahabat. mesejnya cukup jelas... -sentiasa muhasabah diri, -jadilah hamba yang bersyukur, -yakin dan pasti setiap perkara yang berlaku dalam dan disekeliling kehidupan kita ada hikmahnya -cuba sedaya upaya tidak mengulangi kesilapan yg telah dilakukan, -sentiasa mendidik dan menjaga hati agar sentiasa rindukan yang hak dan benci yang batil bila aku renung-renung balik, x susah jadi , manusia ni... jika pegangan dan aqidah kita betul-betul mantap, setiap dugaan dan ujian yang datang, hanyalah ibarat lalat yang menghinggap di hidung sebentar.. bila kita tepis.... lari la die... namun itu secara teorinya, bila mai tang praktikal, tuuu diaaaaaaa.......

:: ya ALLAH ::

ya ALLAH.. ampunilah dosa-dosaku ya ALLAH... pimpinlah aku dalam menuju jalan Mu yang lurus ya ALLAH.. ya ALLAH.. janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau kurniakan hidayah kepadanya ya ALLAH, ya ALLAH, tabahkanlah hati ini dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan yang telah Kau tetapkan buat diri ku ya ALLAH.. janganlah Kau biarkan aku berjauhan dari rahmat dan kasih-sayang Mu ya ALLAH.. ya ALLAH, bantulah aku dalam nemghadapi kehidupan ini, sesungguhnya aku tidak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolongan dan belas kasihan Mu ya ALLAH..

:: a-no.. arigato gozaimas vs go-me-ne ::

atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan.. hari ni saya pegi kuliah naek ni.. sangat gembira, terasa seperti orang kaya baru... owh ye, ini adalah pemiliknya sangat ceria kan.. saya doakan die sentiasa bahagia arigato gozaimas.... go-me-ne! kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar, dan yang datang melawat... terima kasih sangat-sangat... sangat bersyukur kerana berada di samping anda semua.. semoga persahabatan ini berkekalan... dan semoga Allah membalas jasa-jasa kalian..

harga sebuah kematian...

setiap kali hendak turun ke masjid... arwah bapak mesti akan pandang ke rumah pakcik ..... "mak ko, aku teringin la nak pegi masjid dengan ..... " sesekali arwah bapak meluahkan isi hatinya kepada emak... "belum datang seru kut.." bisik hati ku yang mendengar perbualan itu dari jauh.. pakcik ... merupakan kawan rapat arwah bapak, sangat senang menghulurkan bantuan dan tidak pernah sesekali berlagak walaupun kaya... pak cik .... sangat menghormati arwah bapak, sehinggakan segala keputusan tentang majlis kenduri anaknya pasti akan meminta pendapat arwah bapak terlebih dahulu... ajal itu di tangan tuhan, hari ini sudah hampir 6 bulan arwah bapak kembali ke rahmatullah... ketika arwah bapak di bawa ke rumah dari hospital, pakcik .... menguruskan arwah bapak sambil berlinangan air mata.. aku yang hanya memerhatikan dari sudut rumah... hanya mampu tersenyum.. senyum.. itu yang aku lakukan... sehingga ada yang bertanya " murni x sedih ker??" dan aku membalasny...