Skip to main content

antara harap dan takut ::

"Adapun seorang Mukmin yang sentiasa mencampur-adukkan amalannya yang sentiasa merasa bimbang akan terpesong dari jalan ketaatan dan terjerumus ke dalam larangan-larangan Allah Ta'ala, maka yang paling baik baginya memperbanyak takut, kerana perasaan takut itu menahan dan menghalang diri dari berbuat sesuatu dengan sewenang-wenang atau melampaui batas. Tetapi, jika dirinya sentiasa dikongkong oleh hawa nafsu dan dikuasai syahwat, lalu tiada suatu yang dibuatnya selain berharap dan berharap terus-menerus, mungkin sekali sikap serupa itu akan menyebaabkan kebinasaannya. Sebab setiap kali ia mengingatkan dirinya yang suka berbuat jahat itu, bahawa rahmat Allah Ta'ala itu amat suka dan sentiasa memaaf dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya, maka tentu sekali dirinya akan menjadi lebih berani membuat maksiam dan kan menjadi lebih jauh daripada ketaatan , lebih mudah terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan akhirnya ia akan binasa dan celaka tanpa terasa dan tersedar."

p/s- tolong bukak pintu hati~


Comments

Popular posts from this blog

random ~

                                       

saya cuma nak beli jambu jer ::

Aku : kak, beli jambu 2 inggit. Dia : jap ye dik nk tuang minyak dlm kuali ni ha.. Aku : owh ok.. Dia : susah xde pembantu ni.. anak perempuan akak da pegi sambung belajar. Dekat poli di bandar tu. Ambik bidang makanan. Da dia nk belajar lg.. akak bg je la Aku: owh baguslah.. Dia : semalam akak x bukak kedai, nmpk mendung jer.. rs rugi la pulak.. tu yg hari ni bukak.. lg pun skrg da ramai pesaing. Itu yg kedai sebelah sana. Dulu ckp nk jual cendol jer.. die tgk air kedai akak laku.. berbalang2 air dijualnyer.. sombong tu, bukan nk tegur akak.. Aku : err.. owh.. ok.. P/s - saya cuma nk beli jambu jer....

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....