Pagi tadi, hati aku sangat tersentuh.... apa yang aku saksikan, benar-benar membuat aku tersedar dan kembali bermuhasabah diri... selepas menghadiri mesyuarat bersama HELWA pusat islam, aku dan sahabat-sahabat dijamu dengan nasi lemak. mungkin kerana banyak makanan yang berlebihan, makanan tu diagih-agihkan kepada staf... "nak, pakcik nak letak pinggan ni kat mane?" seorang pakcik menegur aku ketika aku hendak keluar meletakan pinggan, "pinggan bersih..." bisik hati aku "kat dalam bilik meeting pakcik" "owh, baeklah..." "eh pakcik, x payah tanggal kasut masuk bilik meeting" "xpe nak....." pakcik tu terus menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik meeting, entah mengapa, aku masih terpaku di tepi pintu dan terus memerhatikan pakcik tu... selepas keluar, pakcik tu terus mendapatkan nasi lemaknya yang diletakkan dalam plastik. sambal, nasi, telur dan kacang sumanya bercampur baur dalam plastik tu... "kenapa pakcik x makan j...
jangan pernah berhenti ::