Skip to main content

self correction!

"ambiklah pengajaran daripada perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, bersyukurlah kepada tuhan kerana tidak membuatkan hati kita mati dan terpilih dalam golongngan-golongan yang sentiasa cintakan kebaikan dan benci kemungkaran... "

ini adalah sedikit-sebanyak kata-kata yang aku pernah dengar dari seorang sahabat.
mesejnya cukup jelas...

-sentiasa muhasabah diri,
-jadilah hamba yang bersyukur,
-yakin dan pasti setiap perkara yang berlaku dalam dan disekeliling kehidupan kita ada hikmahnya
-cuba sedaya upaya tidak mengulangi kesilapan yg telah dilakukan,
-sentiasa mendidik dan menjaga hati agar sentiasa rindukan yang hak dan benci yang batil

bila aku renung-renung balik,
x susah jadi , manusia ni...
jika pegangan dan aqidah kita betul-betul mantap,
setiap dugaan dan ujian yang datang,
hanyalah ibarat lalat yang menghinggap di hidung sebentar..
bila kita tepis.... lari la die...

namun itu secara teorinya,
bila mai tang praktikal,
tuuu diaaaaaaa....
dah rasa hidup ni umpama satu medan peperangan yang x pernah damai...
semua pakat simpan bendera putih,
semua rasa dia je betul,
orang lain salah....

hmm..

"kita x pernah tahu apa yang terbaek untuk kita... justeru kita jangan cepat menyalahkan takdir..."

ayat ni seringkali diulang-ulang kat surau aku waktu kat matrik,
ayat ni membuatkan aku banyak berfikir...

bagi aku ayat ni seiring dengan firman Allah :

" adakah manusia fikir mereka akan dapat mencapai apa yang dicita-citakannya? (tidak) kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan dunia"
(53: 24,25)

InsyaAllah,
kalau kita betul-betul menghayati firman Allah ni,
kita dapat mendidik diri kita agar manjadi lebih sabar...
sabar ni penting tau....
tahap moksya punya penting...

kenapa kita marah?
mostly sebab x puas hati,
either perkara yang berlaku disekeliling kita or kepada kta tidak seperti yang diharap-harapkan...
jangan marah-marah bro,

" tidak ada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpa di bumi dan belaku disekeliling kamu melainkan telah ditetapkan oleh Allah.... "
(29:22)

marah ni penat tau...
yang marah pun lotih..
yang dongar pun panas..

hidup x selalunya indah..
awan x selalunya cerah...
normal la,
best ke makanan kalau letak gula jer???
tambah la garam sikit ye tak...
ajinomoto??
hmm x baek untuk kesihatan..
tapi kehadiranya jelas menambahkan kelazatan kan ^_^

owh ye, untuk peringatan bersama..
jangan sesekali menilai orang dari luarannye...

Comments

Popular posts from this blog

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

p.a.k.c.i.k

Pagi tadi, hati aku sangat tersentuh.... apa yang aku saksikan, benar-benar membuat aku tersedar dan kembali bermuhasabah diri... selepas menghadiri mesyuarat bersama HELWA pusat islam, aku dan sahabat-sahabat dijamu dengan nasi lemak. mungkin kerana banyak makanan yang berlebihan, makanan tu diagih-agihkan kepada staf... "nak, pakcik nak letak pinggan ni kat mane?" seorang pakcik menegur aku ketika aku hendak keluar meletakan pinggan, "pinggan bersih..." bisik hati aku "kat dalam bilik meeting pakcik" "owh, baeklah..." "eh pakcik, x payah tanggal kasut masuk bilik meeting" "xpe nak....." pakcik tu terus menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik meeting, entah mengapa, aku masih terpaku di tepi pintu dan terus memerhatikan pakcik tu... selepas keluar, pakcik tu terus mendapatkan nasi lemaknya yang diletakkan dalam plastik. sambal, nasi, telur dan kacang sumanya bercampur baur dalam plastik tu... "kenapa pakcik x makan j...