Skip to main content

Posts

Showing posts with the label memory

harga sebuah kematian...

setiap kali hendak turun ke masjid... arwah bapak mesti akan pandang ke rumah pakcik ..... "mak ko, aku teringin la nak pegi masjid dengan ..... " sesekali arwah bapak meluahkan isi hatinya kepada emak... "belum datang seru kut.." bisik hati ku yang mendengar perbualan itu dari jauh.. pakcik ... merupakan kawan rapat arwah bapak, sangat senang menghulurkan bantuan dan tidak pernah sesekali berlagak walaupun kaya... pak cik .... sangat menghormati arwah bapak, sehinggakan segala keputusan tentang majlis kenduri anaknya pasti akan meminta pendapat arwah bapak terlebih dahulu... ajal itu di tangan tuhan, hari ini sudah hampir 6 bulan arwah bapak kembali ke rahmatullah... ketika arwah bapak di bawa ke rumah dari hospital, pakcik .... menguruskan arwah bapak sambil berlinangan air mata.. aku yang hanya memerhatikan dari sudut rumah... hanya mampu tersenyum.. senyum.. itu yang aku lakukan... sehingga ada yang bertanya " murni x sedih ker??" dan aku membalasny...

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

ini realiti, dan itu yang membezakan kita...

Kadang2 kita terlalu sibuk dengan kehidupan kita kn, maklum la stdent u.. busy memanjang.. dengan testnye, persatuan la, ko-k, mpd, bukit jambul.. erk.. sehinggakan kita terlupa dengan kehidupan insan lain.. pernah x kita fikirkan ttg kehidupan makcik 0r akak cleaner kt blok kita.. ataupun pernah x kita fikirkan kehidupan pakcik or abg driver bas yang ari2 kite dok naik 2… dah mkn ke die, sht ke keluarga die, adakah die gembira dan bahagia dengan kehidupan die sekarang? Mungkin bg setengah orang, apa yang aku cuba bincangkan ni x relevan langsung… mengarut… apsal lak kite nk pk pasal kehidupan orang lain??? Mungkin ini yang bermain di fikiran korang… tp aku terima.. sbb ni realiti.. Dalam byk2 program waktu kt sekolah dlu, aku paling x suka p ceramah motivasi… bg aku program2 cm 2 hanya melatih para pelajar utk membentuk satu mimpi.. bg aku pembentukan diri hanya blh berlaku bl kita benar2 memahami apa itu kehidupan. Bila ia bermula, dan bila ia berakhir….? Apa matlamat kita hdp? Ini y...

bila AL-QURAN mula berbicara...

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra   Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.   Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...sura...

Dari Restu ke Dewan Kuliah Z

Hari baru, semester baru, azam baru. Setelah melepasi kafe Restu bersama kawanku, Faizal, melambai-lambai tangannya ke arah seorang perempuan berbaju kurung pink. “Hai sayang”, sapanya tanpa malu. “Siapa tu?”, tanyaku. “Kawan sekolah menengah dulu”, jawabnya selamba. “Sayang?”, tanyaku hairan. “Ala, teman tapi mesra”, jawabnya sambil sengih. Kuliah hari ini akan bermula jam 9 pagi menyebabkan kami terpaksa berhimpit di dalam bas untuk ke hentian Tekun. Tiba di bangunan Palapes, kami menaiki bas yang berlainan. Setelah mengambil tempat duduk di tepi tingkap, aku meletakkan beg di riba. Di kananku terdapat seorang lelaki berdiri rapat bersebelahan dengan seorang perempuan yang duduk. Sambil tunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga perempuan tadi, kedengaran tawa manja berbaur mesra. “Papa jahat!”, cubit si perempuan di peha lelaki yang berdiri rapat di sebelahnya. Dalam perjalanan menuju ke SK1 aku terdengar perbualan perempuan dan lelaki di belakang. “Betul ni you takkan tinggalkan I?”...