Skip to main content

harga sebuah kematian...

setiap kali hendak turun ke masjid...
arwah bapak mesti akan pandang ke rumah pakcik .....

"mak ko, aku teringin la nak pegi masjid dengan ..... "

sesekali arwah bapak meluahkan isi hatinya kepada emak...

"belum datang seru kut.." bisik hati ku yang mendengar perbualan itu dari jauh..

pakcik ... merupakan kawan rapat arwah bapak, sangat senang menghulurkan bantuan dan tidak pernah sesekali berlagak walaupun kaya... pak cik .... sangat menghormati arwah bapak, sehinggakan segala keputusan tentang majlis kenduri anaknya pasti akan meminta pendapat arwah bapak terlebih dahulu...

ajal itu di tangan tuhan,
hari ini sudah hampir 6 bulan arwah bapak kembali ke rahmatullah...

ketika arwah bapak di bawa ke rumah dari hospital,
pakcik .... menguruskan arwah bapak sambil berlinangan air mata..

aku yang hanya memerhatikan dari sudut rumah...
hanya mampu tersenyum..

senyum..
itu yang aku lakukan...
sehingga ada yang bertanya

" murni x sedih ker??"


dan aku membalasnya dengan senyuman..

raut wajah arwah bapak ketika hendak dikafankan, jauh lebih tenang berbanding ketika menahan kesakitan dihospital..
maka aku yakin...
pemergian ini adalah yang terbaik...

dan ternyata permergian ini tidak sia-sia,
semenjak bapak meninggal.
pakcik .... sering menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid..

tatkala terlihat pakcik .... menghidupkan enjin motor untuk ke masjid,
air mata ku jatuh menyembah bumi,
inilah impian arwah bapak...

walaupun tidak dapat untuk pergi bersama-sama,
namun aku tahu arwah bapak pasti cukup gembira..

sesungguhnya hidayah itu milik Allah,
dan x siapa tahu bila ia akan menjengah kita...

mungkin...
hanya selepas sebuah kematian...

Comments

ya..btoi3...hidayah e2 milik Allah...bersangka baeklah dgn semua org..Allah suka, sy pun suka...he3...moga cpat smbuh ye kak mun..>_<

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...

p.a.k.c.i.k

Pagi tadi, hati aku sangat tersentuh.... apa yang aku saksikan, benar-benar membuat aku tersedar dan kembali bermuhasabah diri... selepas menghadiri mesyuarat bersama HELWA pusat islam, aku dan sahabat-sahabat dijamu dengan nasi lemak. mungkin kerana banyak makanan yang berlebihan, makanan tu diagih-agihkan kepada staf... "nak, pakcik nak letak pinggan ni kat mane?" seorang pakcik menegur aku ketika aku hendak keluar meletakan pinggan, "pinggan bersih..." bisik hati aku "kat dalam bilik meeting pakcik" "owh, baeklah..." "eh pakcik, x payah tanggal kasut masuk bilik meeting" "xpe nak....." pakcik tu terus menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik meeting, entah mengapa, aku masih terpaku di tepi pintu dan terus memerhatikan pakcik tu... selepas keluar, pakcik tu terus mendapatkan nasi lemaknya yang diletakkan dalam plastik. sambal, nasi, telur dan kacang sumanya bercampur baur dalam plastik tu... "kenapa pakcik x makan j...