Skip to main content

:: renungan --buat-- diriku ::

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya) nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar baginya dari segala perkara yang menyusahkannya, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…

Oleh itu sesiapa yang berserah hanya kepada Allah, maka cukuplah baginya Allah untuk menolong dan menyelamatkannya….

SubhanAllah….
Tidak tergambar kasih Allah kepada hambanya..
Diri aku yang sering melakukan dosa ni pun sentiasa mendapat kurniaan
Cukup makan, pakaian…
malah sehingga berlebih-lebihan…

namun apa yang aku lakukan…
adakah aku hamba Mu yang tidak bersyukur Ya Allah..
adakah api neraka itu untuk aku…
adakah bahan bakarnya aku…

maafkan aku Ya Allah,
pimpinlah aku Ya Allah…

jadikanlah aku dari kalangan hamba Mu yang bersyukur….


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah, bagiNya segala kuasa pemerintahan dan bagiNya segala pujian dan hanya Allah yang berkuasa terhadap sesuatu…. ( 64 : 1)

Comments

Popular posts from this blog

Tribute to shaq @ cek k @ shakilut @ shaki @ cek Kayla….

Hari ni, nur shakila Othman telah keluar daripada M03-10-16 Desasiswa saujana 11800 minden usm p.pinang… Sebagai jiran sebelah, dari pagi aku dapat merasakan shaki akan keluar hari ni, keadaan bilik yang semakin kosong, menguatkan firasat aku… Maafkan aku cek k, bukan aku sengaja tidak mahu ambil tahu… bukan sengaja aku tidak membantu mengemas barang, bukan sengaja aku tidak bertanya… tapi kerana aku tidak mampu untuk menerima… -k.a.u a.k.a.n.p.e.r.g.i- Rasanya masih terngiang-terngiang di telinga ku ini saat-saat sewaktu kita semua (dayah,norlin,shaki,murni) merancang untuk duduk di blok n wing yang sama semasa 1st year… Saat kita semua ke pejabat desa…. Saat kita merancang untuk memilih wing… semuanya masih segar… namun, masa itu makhluk Allah yang akan terus berlalu… Dan tanpa ku sedari, 2 tahun telah berlalu… Dan hari ini, shakila telah pergi… ke tempat yang jauh lebih baik Nukilan ini, Ikhlas dari aku untuk shakilut… Maafkan aku kerana terlalu banyak nama yang aku berikan pada mu....

Entry untuk cik nurul farah aka miss Garfield!!

Assalamualaikum farah, Guess what, syndrome air tin dan yourgut saya da kembali. But dis time, I use : 1. 1 liter HL marigold milk 2. 1 can of FnN (strawberry) 3. 1 can seasons ice lemon tea. And I did it at a more appropriate place… Huhu… N u no wat, Everything that we use to do together last time, Its about time… Im going to do it again… Wish me luck, Mis u~ p/s- semalam p daki bukit jambul dengan adik2 lssk… teringat plak dakian pertama saya bersama kamoo.. hurrrmm.. hope 2 c u soon...

p.a.k.c.i.k

Pagi tadi, hati aku sangat tersentuh.... apa yang aku saksikan, benar-benar membuat aku tersedar dan kembali bermuhasabah diri... selepas menghadiri mesyuarat bersama HELWA pusat islam, aku dan sahabat-sahabat dijamu dengan nasi lemak. mungkin kerana banyak makanan yang berlebihan, makanan tu diagih-agihkan kepada staf... "nak, pakcik nak letak pinggan ni kat mane?" seorang pakcik menegur aku ketika aku hendak keluar meletakan pinggan, "pinggan bersih..." bisik hati aku "kat dalam bilik meeting pakcik" "owh, baeklah..." "eh pakcik, x payah tanggal kasut masuk bilik meeting" "xpe nak....." pakcik tu terus menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik meeting, entah mengapa, aku masih terpaku di tepi pintu dan terus memerhatikan pakcik tu... selepas keluar, pakcik tu terus mendapatkan nasi lemaknya yang diletakkan dalam plastik. sambal, nasi, telur dan kacang sumanya bercampur baur dalam plastik tu... "kenapa pakcik x makan j...